,
News

Ridzuan Puzi dan Latiff Romly Pecah Rekod Dunia, Malaysia Boleh!

Azwa Rahman
10/10/2018
09:50 MYT
Nama Malaysia cemerlang di acara Sukan Para Asia 2018 apabila dua atlet negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mencatatkan aksi cemerlang dengan mencipta rekod baharu dunia dalam acara masing-masing.
Berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada malam semalam, Ridzuan merekodkan masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) sekali gus membenam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013. Aksi cemerlang Mohamad Ridzuan.
Abdul Latif pula cemerlang memperbaharui rekod dunia dalam acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran). Lompatan terbaharu ini memadamkan rekod terdahulu miliknya, 7.60 meter yang dilakar pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Brazil.
Bagi Mohamad Ridzuan, dia bangga apabila dapat memecahkan rekod dunia dalam acaranya. "Dik Wan nak ucapkan terima kasih kepada jurulatih, Majlis Paralimpik Malaysia, Institut Sukan Negara serta ibu bapa Dik Wan yang banyak beri sokongan dan kemenangan ini untuk mereka semua", katanya kepada Bernama. Kejayaan yang sangat membanggakan!
Abdul Latif juga tidak menyangka dapat mempertahankan pingat emas sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Gadis Kampung Lipis Ke Biduanita Negara, Siti Nurhaliza Tak Sangka Boleh Bertahan - “Sabar Anda Berbaloi”

gempak
16/11/2024
03:55 MYT
Penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini sendiri mungkin tidak percaya bahawa dia boleh bertahan dengan segala dugaan dunia hiburan sehingga menjadi seorang individu yang amat disegani ramai.
Hiburan

Ernie Zakri Kecewa Belakang Tabir Tidak Berjaya Mara Ke AJL39 - “Kita Kehilangan Satu Lagu Yang Bagus”

gempak
16/11/2024
01:55 MYT
Menurut pelantun lagu Aura itu, mereka telah kehilangan satu lagu yang bagus dalam pertandingan berprestij itu.
Hiburan

Bukan Kali Pertama, Marsha Tetap Rasa Debar di Pentas SFMM - “Pesaing Terbesar Saya Adalah..”

gempak
16/11/2024
00:55 MYT
Penyanyi, Marsha Milan akui tetap wujud rasa gementar meskipun ini bukan pertama kali dia beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM).
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Hiburan

‘Misha Omar Back To Basic Showcase’ Bakal Ubati Kerinduan Peminat - “Sebagai Penghibur Yang Sudah 2 Dekad…”

gempak
15/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bersuara emas Misha Omar bakal mengubat kerinduan peminatnya menerusi ‘Misha Omar Back To Basic Showcase’ yang akan berlangsung pada 21 Disember ini di Odeum At JioSpace Petaling Jaya.
Unitar