Pelbagai cara untuk menghukum penjenayah. Namun, hukuman yang dijatuhkan mahkamah terhadap seorang pemburu ini mungkin paling savage!

Pemburu haram ini dijatuhkan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah untuk menonton tayangan animasi klasik Walt Disney, Bambi sepanjang menjalani hukuman penjara di Chicago.

Animasi legend! Korang dah lahir belum waktu ni?
Difahamkan, pemburu terbabit David Berry Jr terpaksa menonton animasi terbabit sekurang-kurangnya satu kali setiap bulan sepanjang menjalani hukuman penjara. Hukuman itu dijatuhkan selepas pesalah didapati bersalah atas tuduhan membunuh ratusan ekor rusa selama tiga tahun!

Untuk makluman anda, animasi menyayat hati itu mengisahkan seekor anak rusa yang kehilangan ibu akibat dibunuh pemburu.

Imej Bambi berbaring di sebelah bangkai rusa betina disifatkan sebagai adegan paling ikonik dalam sejarah perfileman. Malah ia dikatakan banyak membantu meningkatkan nilai moral kanak-kanak.


Bambi juga sering mendahului senarai filem paling menyedihkan di pawagam, malah majalah Times pernah menyenaraikan animasi berkenaan dalam 25 filem seram terbaik sepanjang masa bersama ‘Frankenstein’dan ‘The Exorcist’.

Animasi terbabit diterbitkan pada Ogos 1942.