Individu warga Syria ini telah menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac lalu.

Difahamkan, dia enggan pulang ke Syria kerana tidak mahu jadi tentera di negara berkenaan.

Dalam tempoh itu juga, kehadirannya telah menjadi perbualan ramai. Malah pernah dipaparkan di saluran Nas Daily di Facebook hingga menarik perhatian media antarabangsa termasuk kumpulan hak asasi manusia.

Anda boleh saksikan video terbabit di bawah.



Namun semalam, individu terbabit iaitu Hassan Al Kontar, 36 telah pun ditahan polis.

Menurut laporan dikeluarkan Harian Metro, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menjelaskan pihaknya akan menunggu siasatan polis selesai, sebelum diambil alih oleh Jabatan Imigresen.

Jadi perbualan hangat media antarabangsa.
"Dia tidak mahu balik ke Syria kerana tidak mahu jadi tentera atau apa juga alasannya. Kita kena ada penutup (penyelesaian) kerana dia memalukan negara kita," katanya.