Dunia laman sosial kecoh seketika apabila sebuah buku menjadi bualan. Pelakon yang kemudiannya menjadi penyanyi dan kini dikatakan seorang penulis, Fattah Amin telah pun mengeluarkan sebuah buku yang mengandungi 99 kata-kata #qalifmoden Fattah Amin.

Buku yang dilancarkan pada Sabtu lepas di Nu Sentral ini boleh didapati di MPH Book Store seluruh negara pada harga RM50 senaskah dan juga boleh didapati secara online.

Apa yang menarik perhatian kami, buku ini hanyalah seakan-akan 99 kata-kata ‘note to self’ Fattah Amin dan dipenuhi dengan gambar-gambarnya. Buku ini bukan sahaja mendapat kecaman netizen, malah turut mendapat kritikan segelintir barisan selebriti.

Memetik laporan Mstar, Fattah dikatakan mula mencari idea bagi menghasilkan buku tersebut sejak tiga bulan yang lalu. Dalam masa tiga bulan itu jugalah dia kumpul semua kata-kata dan kata-kata orang luar yang tidak putus-putus memberikan semangat padanya. Pendapat kami, mungkin Fattah boleh kekal berlakon sahaja. Asah bakat lakonan tu dengan baik dan fokus dengan bidang lakonan.