Skip to main content

Business News

Serpihan Di Mauritus Sah Milik MH370

mh370.jpg
Serpihan pesawat yang dijumpai di Mauritius Mei lalu disahkan milik pesawat Malaysia Airlines MH370.

Gambar: Astro Awani/Twitter Mike Exner

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi Astro Awani, pemeriksaan terhadap serpihan komposit yang ditemukan di pulau yang terletak di Lautan Hindi itu disempurnakan pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menurutnya lagi, analisis ATSB telah mengesahkan bahagian itu dikenal pasti sebagai ‘trailing edge splice strap’ yang dipasang pada kelepak luar spar belakang pesawat Boeing 777, dengan nombor siri yang sepadan dan pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut berasal daripada pesawat 9M-MRO, yang juga dikenali sebagai MH370," kata Liow.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Mauritius dan Australia atas sokongan, bantuan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu.

Sudah hampir dua tahun peristiwa itu berlaku namun pesawat itu masih belum dijumpai walaupun usaha pencarian secara besar-besaran telah dilakukan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video