NEWS
Sharnaaz Ahmad Bakal Akhiri Zaman Bujang 31 Mac
Aktor Sharnaaz Ahmad memilih 31 Mac 2017 untuk disatukan dengan kekasihnya yang merupakan kakak kepada Neelofa iaitu memaklumkan majlis akad nikah akan diadakan di kediaman wanita itu di Duta Tropika secara tertutup bersama ahli keluarga terdekat.


(Kredit Gambar: Instagram @sharnaazahmad)
Majlis resepsi akan diadakan pada 2 April di Kuala Lumpur dan di sebelah keluarga lelaki pula akan diadakan pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang. Terdahulu, banyak gosip dan kontroversi melanda pasangan ini termasuklah desas desus perhubungan mereka telah berakhir setelah mereka bertindak memadam gambar intim di instagram, kisah raba dan bertumbuk. Namun pasangan telah membuktikan mereka berjaya melalui fasa itu walaupun sukar. Tahniah daripada kami di Rojak Daily.
Must-Watch Video