Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sharnaaz Ahmad Dan Kakak Neelofa Bakal Umum Tarikh Perkahwinan

Azwa Rahman
04/01/2017 03:05 MYT
Nampaknya pelakon pujaan malaya ini bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kakak Neelofa, Noornabila. Sharnaaz Ahmad akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan Nabila pada 9 Januari ini.

Menerusi kenyataan dari Astro Gempak, Sharnaaz memberitahu satu sidang media khas akan diadakan di sebuah kafe di Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi memgumumkan tarikh perkahwinan. Dalam majlis ini juga, mereka akan menjelaskan apakah yang telah mereka rancang.

18 Disember lalu menyaksikan keluarga Sharnaaz Ahmad telah menghantar rombongan merisik Noornabila. Menurut Sharnaaz juga, mereka telah sepakat untuk tidak mengadakan majlis bertunang, sebaliknya terus melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, benda baik jangan ditangguhkan. Cara layanan dan jiwa kental Noornabila telah memikat hati Sharnaaz dan inilah pilihannya yang tepat.
#Entertainment #entertainment