Sejak dilancarkan pada 7 April 2016, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menerima 13,187 responden dan 2,500 permohonan lengkap di laman sesawang KPKT bagi Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit). Melalui skim ini, golongan berpendapatan sederhana bawah 40% boleh memohon bantuan deposit antara RM3,000 ke RM 30,000 ataupun 10% dari harga jualan rumah. Bilangan ini tentunya akan bertambah dari masa ke semasa.

View post on imgur.com
Gambar: ehome.kpkt.gov.my

Syarat Permohonan MyDeposit

• Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas

• Tidak pernah menerima sebarang bantuan subsidi seperti PPA1M, PRIMA, PPR, RUMAWIP dan Rumah Mesra Rakyat

• Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah

• Pendapatan kasar RM10, 000 dan ke bawah sebulan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan

• Pemohon layak untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan.

• Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli

• Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit termasuk projek perumahan baharu berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale) dan kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan

• Harga rumah adalah RM500,000 dan ke bawah