Kecoh beberapa hari ini mengenai sistem pembayaran semula Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ada yang setuju dan tidak kurang juga yang mempertikaikan.

Skim berkenaan meminta peminjam berpendapatan RM2,000-RM2,499.99 perlu membayar dua peratus iaitu RM40 hingga RM49.99 dan bagi yang berpendapatan RM2,500-RM2,999.99 sebanyak tiga peratus (RM75-RM89.99).

via GIPHY


Peminjam berpendapatan RM3,000-RM3,999.99 pula dikenakan lima peratus (RM150-RM199.99); RM4,000-RM5,999.99 (lapan peratus iaitu RM320-RM479.99); RM6,000-RM7,999.99 (10 peratus iaitu RM600-RM799.99) dan bagi yang berpendapatan RM8,000 ke atas perlu membayar 15 peratus iaitu RM1,200 dan ke atas.

Namun dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memberitahu skim itu digantung buat sementara waktu.

Menurutnya menerusi Bernama, skim pembayaran semula PTPTN akan digantung buat sementara waktu sehingga kami menerima input dan maklum balas secara kolektif daripada semua pemegang taruh.
Bagi anda yang tidak bersetuju dengan skim berkenaan, maka ini merupakan berita baik buat anda.