NEWS
SPRM Jumpa Wang RM114.5 Juta Dalam Rumah
Viral apabila sebuah almari dan beberapa lokasi lain dipenuhi wang bernilai RM114.5 juta milik seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah kini diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Wang RM114.5 juta yang dirampas SPRM daripada seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di Sabah, awal minggu ini.

Gambar: Sinar Harian
Wang tunai itu dilaporkan dirampas SPRM ketika satu operasi dijalankan, petang semalam. Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan. Penemuan itu dipercayai antara yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah.
SPRM melaporkan telah menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu berusia 51 dan 54 pada Selasa kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan. Mereka disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010, yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak-saudara mereka.Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.
Must-Watch Video