,
News

Sultan Perak, Sultan Nazrin Dilantik Pemangku YDP Agong

Azwa Rahman
07/01/2019
08:38 MYT
Rakyat Malaysia semalam dikejutkan dengan berita perletakan jawatan YDPA oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai YDPA.
Susulan dengan penggantian ketua negara, Mesyuarat Raja-Raja yang berlangsung telah diadakan hari ini dan memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
Memetik laporan Astro Awani, perkara itu dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Sultan Perak, Sultan Nazrin.
Seramai enam daripada sembilan Sultan bermesyuarat di Istana Negara untuk mencapai keputusan itu.
Sultan-sultan yang hadir mesyuarat lebih satu jam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.
Selain memilih YDPA yang seterusnya, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Taemin Hormat Adab Malaysia, Tak Robek Baju Masa Nyanyi Lagu Guilty

gempak
09/09/2024
14:55 MYT
Bintang idola K-Pop, Taemin, mendapat pujian peminatnya apabila memilih untuk menghormati budaya setempat lokasi konsert jelajahnya 2024 Taemin World Tour: Ephemeral Gaze di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Sukan

Harimau Malaya Bakal Miliki Pemain Bernilai RM72 Juta

gempak
08/09/2024
08:25 MYT
Skuad Harimau Malaya berpeluang menambah lagi kekuatan di jentera tengah mereka selepas pemain Burnley FC, Josh Brownhill didakwa memiliki darah Malaysia menerusi neneknya.
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.