Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sultan Selangor Selamat Diijabkabul Dengan Pembaca Berita

Azwa Rahman
02/09/2016 04:35 MYT

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Abdul Rahman, 45 pada 31 Ogos yang lalu.

Gambar: Twitter

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pernikahan itu dijalankan oleh Mutfi Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan disempurnakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang secara sederhana dan ringkas.

Norashikin merupakan seorang penyampai berita di sebuah stesen televisyen tempatan dan pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005.

Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pada tahun 1968, baginda berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal dan dikurniakan dua puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah berpisah pada 1986, baginda berkahwin dengan seorang warga Amerika Syarikat, Nur Lisa Idris Abdullah pada tahun 1988, berpisah pada tahun 1997 dan mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah hasil dari perkahwinan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

#Local News