Bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Terkini, pembaca berita terkenal, Izwan Azir Saleh telah dikecam sehingga dikatakan 'gaji yang diterimanya haram' dan 'akan dibakar api neraka' hanya akibat dia menjalankan tugasnya.

Wajah yang sering terpampang tepat jam 8 malam ini telah mengeluarkan kenyataan di Facebooknya bagi menjawab kecaman yang diterimanya. Menurut Izwan, "kerja dan ibadah saya adalah dalam nawaitu yang hanya diketahui Allah".

source: imgur.com
Gambar: Twitter @asrulmm

Pada pendapat kami, dia tidak sepatutnya diterima kecaman 'muka yang paling dibenci rakyat Malaysia' dan sebagainya kerana dia hanya menjalankan tugas. Semoga Izwan terus tabah dan tidak mudah patah semangat. Beberapa netizen turut memberikan pendapat mereka atas kecaman yang diterima Izwan.