NEWS
[TERKINI] Pesawat EgyptAir Hilang Dari Radar
Menurut syarikat penerbangan Egypt Air dalam Twitter rasminya @EGYPTAIR, sistem komunikasi dengan sistem pengesan radar pesawat MS804 dari Paris ke Cairo terputus sekitar jam 2.45 pagi (waktu tempatan). Pesawat yang membawa 66 penumpang termasuk anak kapal telah meninggalkan lapangan terbang France's Charles de Gaulle Paris pada jam 11.09 malam dan gagal dihubungi 16km dari ruang udara Mesir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terbaharu, pesawat EgyptAir MS804 disahkan terhempas dari ketinggian 22,000 kaki dan berpusing dengan tiba-tiba di ruang udara Mesir sebelum hilang dari skrin radar, kata Menteri Pertahanan Greece Panos Kammenos dalam satu sidang akhbar. Pesawat itu berpusing 90 darjah ke kiri dan kemudiannya berpusing 360 darjah ke kanan, sebelum jatuh dari ketinggian 37,000 kaki ke 15,000 kaki dan isyaratnya hilang pada ketinggian 10,000 kaki.
Pesawat malang itu telah ‘terhempas’ di Laut Mediterranean dan dipercayai hilang kira-kira 130 batu nautika dari Pulau Karpathos, antara Crete dan Rhodes. Insiden ini telah disahkan oleh Perdana Menteri Perancis, Francois Hollande. Setakat ini punca nahas masih belum dapat dipastikan, pejabat pendakwaraya Perancis telah membuka kertas siasatan terhadap punca nahas itu.
Terkini: 20 Mei 2016 (12:40 PM)
Selepas hampir 24 jam gagal dikesan radar, nasib pesawat EgyptAir masih belum dapat dipastikan. Menteri Penerbangan Mesir Sharif Fathi tidak menafikan pesawat berkenaan kemungkinan besar menjadi mangsa serangan pengganas setelah Mesir menafikan kenyataan sebelum ini tentang pesawat tersebut dikatakan terhempas. Malah kenyataan pihak berkuasa Mesir dan Greece bercanggah antara satu sama lain. Naib presiden syarikat penerbangan EgyptAir, Ahmed Adel memaklumkan serpihan yang dijumpai, termasuk jaket keselamatan, bukan daripada pesawat 804. Spekulasi kini tertumpu kepada punca situasi yang menimpa pesawat berkenaan.
Layari Astro Awani untuk maklumat lanjut.