NEWS
Tidak Pernah Anugerah PhD Pada Azizan Osman
Isu mengenai seorang penceramah motivasi keusahawanan terkenal yang dikaitkan dengan kesahihan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan daripada sebuah universiti tempatan terjawab apabila pihak universiti itu tampil memberikan kenyataan hari ini.
Merujuk kenyataan media yang dimuat naik di Facebook University of Malaya, pihak universiti terkemuka itu menjelaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran tersebut kepada Azizan Osman.

Menerusi tinjauan Rojak Daily Kaw di laman sesawang, Richworks (www.irichworks.com) milik Azizan Osman, memang tertera perkataan 'Ph.D (Hon) Entrepreneurship (UM)'. Namun, dalam biografi itu, penceramah itu hanya memberitahu pernah mendapatkan PhD (pengurusan) dari sebuah universiti tempatan pada 2009.

Must-Watch Video