NEWS
Tsunami Dan Gempa Bumi Ancam New Zealand, Dua Maut
New Zealand dilanda gempa bumi kuat berskala 7.8 magnitud awal pagi tadi sehingga menyebabkan dua orang maut. Kawasan terjejas, South Island terletak 92km timur laut bandar Christchurch
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku pada jam 7.02 pagi waktu Malaysia.
Dua gelombang Tsunami telah dikesan dimana gelombang pertama telah berlaku pada 9 malam tadi waktu Malaysia.Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Ritcher landa South Island #utusanonline #utusanmalaysiahttps://t.co/AwxMVB7pld— Utusan Online (@UMonline) November 14, 2016
Satu amaran telah dikeluarkan menunjukkan ketinggian Tsunami mencecah antara tiga hingga lima meter.
Walaupun kawasan gempa bumi itu terletak 7,589km tenggara Semporna di Sabah, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami ke Malaysia.
Media New Zealand melaporkan Tsunami melanda timur laut pantai negara itu kira-kira dua jam kemudian dan aktiviti tsunami akan berterusan untuk beberapa jam lagi. Penduduk di kawasan yang terlibat diminta berpindah ke kawasan tanah tinggi
Must-Watch Video