Skip to main content

Business News

[Video] Gadis Dibuang Sekolah Bersemangat Kejar Cita-Cita Selepas Cemerlang SPM

farahmarcella.jpg

Kejayaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang mungkin dianggap perkara biasa yang berlaku pada setiap tahun. Namun, kisah kejayaan pelajar yang berjaya atas kegigihannya belajar bersungguh-sungguh meskipun berdepan kepayahan hidup menjadi pengalaman menarik untuk dikongsi bersama orang ramai.

Kisah kejayaan Farah Marcella Bandie yang meraih keputusan 6A dalam SPM menarik perhatian ramai untuk mengetahui rahsia kejayaan dan kisah sebenar kehidupan gadis berusia 18 tahun itu. Dia mengakui pernah dibuang sekolah ketika berada di tingkatan empat akibat tidak hadir ke sekolah.

Alasannya, dia bekerja di gerai menjual burger untuk membantu keluarga dan ibunya yang bekerja di pusat snuker. Lebih malang, dia bersama enam beradik menumpang tinggal di pusat hiburan itu. Bagaimanapun, kepayahan hidup tidak menghalangnya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga meraih kejayaan cemerlang dalam SPM lalu.

Advertisement

Kisah Farah itu meraih perhatian guru disiplin sekolahnya, Suraya Abdul Rahim yang bersimpati dan memberi pelindungan pada gadis itu di kediamannya di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, seperti dilaporkan Harian Metro. Kejayaan Farah dalam SPM turut dikongsi cikgunya itu menerusi Facebook.

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video