Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
NEWS

Wanita Dipercayai Mengandung Diserang 10 Das Tembakan

Eiylla Syaharith 21/02/2017 | 14:55 MYT
Nasib malang seorang wanita yang dipercayai mengandung apabila ditemui mati selepas ditembak dari jarak dekat di kawasan berhampiran padang Taman Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor, Pulau Pinang, petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang itu sewaktu mangsa iaitu Ruby Lee Poh Ai, 49, memandu kereta jenis BMW seorang diri sebelum dihampiri seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Saksi kejadian memberitahu dalam kejadian itu suspek yang menunggang motosikal mengambil kesempatan semasa keadaan trafik sesak untuk berhenti di sebelah kanan dan melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah bahagian pemandu.
Akibat tembakan itu kereta mangsa dikatakan terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pagar kediaman penduduk.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. Sementara itu, polis masih lagi meneruskan siasatan di lokasi kejadian.
#Berita #Berita