NEWS
Zainal Abidin Sah Sertai Pasukan Harimau Kumbang
Bekas Ketua Jurulatih Selangor dan Pahang, Zainal Abidin Hassan secara rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pulau Pinang yang baru berkuatkuasa hari ini. Pelantikan Zainal Abidin, 54, diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) jam 12 tengah hari. Hadir sama, Presiden FAP, Zairil Khir Johari, Pengurus FAP, L Karthiresan dan Penolong Jurulatih, Darren Read dan barisan Exco FAP.
Zainal ketika ditemui mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan selain mengharapkan sokongan semua termasuk penyokong Harimau Kumbang.

Zainal Abidin berjabat tangan dengan Zairil sambil disaksikan Lim Guan Eng. (Gambar: Eiylla Syaharith)
"Kedatangan saya ke Pulau Pinang di sambut dengan penuh rela dan ikhlas untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada selain semua pihak termasuk pemain akan memberikan kerjasama apabila memulakan tugas Isnin ini. Mengenai startegi saya akan melihat kesemuanya dari semua sudut dan terdapat ramuan baru akan disuntik," katanya.
Pelantikan Zainal bagi mengantikan Ashley Westwood yang ditamatkan kontrak lebih awal pada Ahad lalu kerana gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan selepas hanya sekadar seri dua kali dan kalah enam kali. Pulau Pinang kini berada di tangga terbawah saingan Liga Super 2017.
Must-Watch Video