PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Bau Ketiak Busuk Buat Gadis Hilang Keyakinan
SOALAN:
Kak Gee, saya pening dengan masalah bau badan yang saya hadapi.
Ketiak saya busuk Kak Gee! Ramai orang tegur saya benda tu dan saya sendiri pun perasan.
Sebagai seorang wanita, saya benci dengan perkara ni tapi saya tak tahu nak buat apa!
ILA
JAWAPAN:
Salam Ila. Kak Gee harap Ila sihat-sihat sahaja. Mungkin bau badan itu datang dari kebersihan yang tidak terjaga atau perubahan hormon di badan Ila.
Pertama, Kak Gee sarankan Ila menjaga kebersihan di bahagian bawah lengan.
Setiap kali mandi, pastikan Ila menggosok dan menyental bahagian terbabit dengan lebih lama serta guna sabun anti bakteria kerana ia menghalang perkara yang tidak diinginkan.
Ila juga kena kerap mandi tau. Lebih kerap Ila mandi, lebih baik kerana ia akan memastikan bahagian bawah lengan Ila sentiasa bersih.
Periksa semula deodoran yang Ila gunakan. Kadang-kadang, salah guna deodorant pun boleh jadi punca ketiak berbau masam dan hangit.
Ikuti tips yang Kak Gee berikan tu, Insya-Allah, masalah bau badan akan dapat Ila atasi okay!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!