Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Bergaduh Dengan Adik, Dah Masuk 2 Tahun Tak Bertegur Sapa

Kak Gee 08/07/2020 | 10:29 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Isha, anak kedua dari tiga adik beradik.
Masalah yang saya hadapi ialah saya sudah dua tahun tak bercakap dengan adik perempuan saya.
Pada mulanya, saya memarahi adik perempuan saya kerana dia merosakkan baju yang telah dipinjam.
Baju itu baju kegemaran saya dan ketika itu memang saya sangat marah biarpun dia telah memohon maaf.
Kesannya, sampai sekarang saya tak bercakap dengan dia.
Sejujurnya, saya rindu dia Kak Gee.
Apa yang patut saya buat?
JAWAPAN:
Salam Isha, terima kasih kerana bertanyakan soalan kepada Kak Gee.
Bagi Kak Gee, mudah sahaja. Runtuhkan ego Isha, ambil peluang untuk memulakan semula hubungan Isha dan adik.
Jika Isha malu, mungkin Isha boleh mulakan dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.
Sampai bila tak nak bertegur dengan adik sendiri?
Maafkan adik Isha atas kejadian lalu dan ambil peluang juga untuk memohon maaf.
Tak salah jika saling maaf bermaafan kerana dendam adalah perkara yang paling bahaya untuk disimpan di dalam hati.
Kak Gee harap semuanya baik-baik sahaja ya, Insya-Allah.
##
Itu kisah Isha, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Kredit Foto: AttitudeMag
#PMTepiKakGee #PM Tepi Kak Gee
;