PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Dah Berjambang Berjanggut Pun Masih Kena Kongkong Dengan Mak Ayah
SOALAN:
Salam Kak Gee.
Saya Zarul, anak bongsu tiga orang adik beradik. Berusia 25 tahun dan ada dua orang kakak yang dah berkahwin.
Saya tak faham kerana mak ayah saya masih mengongkong saya.
Mereka sering mengawal pergerakan saya dan kadang-kadang tak suka saya lepak di luar.
Saya pelik kerana di usia sebegini, mak ayah saya masih kongkong saya, padahal saya ni dah besar panjang, berjambang dah, berjanggut pun ada!
Peninglah saya ni Kak Gee!
JAWAPAN:
Salam Zarul, semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah.
Bagi Kak Gee, Zarul bertuah kerana mempunyai mak dan ayah yang masih memantau hidup Zarul.
Biarpun perasaan tu agak merimaskan, Kak Gee faham, mereka melakukan perkara ini kerana mereka sayangkan anak mereka.
Zarul seharusnya bersyukur kerana pasti ada rakan-rakan Zarul yang sudah kehilangan ibu bapa dan merindui kasih sayang insan yang menjadi syurga dunia dan akhirat.
Kak Gee pun turut faham, Zarul bukannya mahu rasa bebas, cuma Zarul tak mahu rasa terlalu dikawal kerana Zarul pun dah dewasa kan.
Pendapat Kak Gee, mungkin Zarul boleh meminta bantuan dua orang kakak Zarul untuk sama-sama berbincang mengenai hal ini.
Duduk satu keluarga dan berdiskusilah dengan aman kerana apabila kita menyimpan sesuatu di dalam hati, perkara itu tak akan berakhir.
Dengan perbincangan secara diplomatik, Kak Gee rasakan pastinya masalah Zarul dapat diselesaikan.
Bincang baik-baik ya!
Itu kisah Zarul, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!