PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Gadis Patah Hati Kekasih Dijodohkan Dengan Budak Sekolah
SOALAN
Setelah bercinta dengan lelaki yang kita sayang, tiba tiba si ibu kepada sang lelaki ini ingin menjodohkan anaknya dengan gadis lain gara gara ibu si gadis ni sakit dan anaknya itu adalah anak tunggal.
Gadis pilihan itu juga masih bersekolah. Sedihnya tak terungkap dengan kata kata dan rasa kecewa itu hanya Tuhan saja yang tahu.
Yang Kecewa
Dahlia
JAWAPAN
Hi Dahlia, Kak Gee harap anda berada dalam keadaan yang baik. Kak Gee pun ikut terbuai emosi membaca rintihan anda ini.
Jika sekarang anda sedang membaca nasihat ini, Kak Gee harap Dahlia ambil nasihat ini dengan hati yang terbuka dan belajar untuk menerima kenyataan walaupun ia perit.
Kak Gee sedar, soal hati, perasaan dan cinta adalah masalah yang paling lemah untuk semua manusia. Apa lagi jika perlu berdepan dengan masalah cinta tak kesampaian.
Untuk situasi Dahlia, Kak Gee rasa anda benar benar berada dalam situasi yang kurang tepat apabila sang kekasih anak tunggal dan ibu pula sakit lalu mahu menikahkan anaknya dengan gadis pilihan. Aduh, Kak Gee baca pun picit kepala Dahlia!
Nasihat Kak Gee, lepaskan hubungan cinta ini kerana jika dipaksakan, ia mungkin membuat anda lebih derita setelah berkahwin. Apa lagi ibu kekasih sudah punya calon menantunya sendiri dan jika restu atau doa seorang ibu tidak ada dalam kehidupan anak anaknya, maka itulah hal yang paling menyedihkan dalam kehidupan kita.
Melepaskan bukan bermakna mengalah tetapi mungkin inilah keputusan terbaik yang pernah anda lakukan dalam hidup walaupun ia meninggalkan luka yang amat parah.
Jika sekarang Dahlia masih berasa kecewa dan sangat sedih, menangislah semahunya. Itu adalah fitrah semua manusia, menangis apabila sedih. Mengadulah kepada Allah sepuas puasnya. Namun, jangan berlama lama dihanyut emosi.
Dahlia harus bangkit dan melawan perasaan yang sangat memedihkan ini kerana anda punya kehidupan untuk diteruskan. Dan jangan berasa diri telah gagal dengan terkandasnya hubungan cinta ini kerana kadang kadang kita tak pernah sedar bahawa banyak lagi kehidupan atau cinta yang lebih baik di depan yang telah Allah aturkan buat kita.
Dan percayalah, setiap pengorbanan yang anda lakukan akan dibayar dengan sangat manis oleh Allah apabila anda percaya setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Dahlia, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!