Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Kaki Kakak Saya Berbau Bangkai... Busuknya!

Kak Gee 15/09/2020 | 16:40 MYT
SOALAN:
Kak Gee, saya dah lama berhadapan dengan masalah ni dan sejujurnya saya tak tahan dah!
Kaki kakak saya ni, bau dia busuk sangat, lagi-lagi bila dia memakai kasut seharian.
Kadang-kadang, saya boleh migrain selepas terbau aroma kaki kakak saya, macam baunya seperti bangkai.
Saya pernah tegur kakak saya tapi nampaknya bau kaki dia sama sahaja.
Mungkin Kak Gee boleh kongsi tips sesuai untuk saya berikan kepada kakak saya?
LIN
JAWAPAN:
Salam Lin, semoga sihat selalu.
Kak Gee faham masalah yang Lin hadapi dan mungkin Lin boleh kongsi beberapa petua kepada kakak agar dia dapat mengatasi masalah terbabit.
Pertama, kakak haruslah sering membersihkan kaki jika ada masa terluang.
Setiap kali waktu solat, gunakan peluang semasa mengambil wuduk untuk membersihkan kaki dengan lebih lama.
Selain itu, pastikan kaki kering terlebih dahulu sebelum menyarungkan stokin serta jangan ulang pakai stokin yang sama setiap hari.
Pastikan kakak Lin menggunakan deodoran untuk kasut dan kaki untuk mengelakkan bau kurang menyenangkan.
Satu lagi tips, jika ada masa lapang, larutkan garam ke dalam air panas dan kakak boleh merendamkan kakinya ke dalam air terbabit.
Proses itu dapat mengelakkan bau kaki, merawat tumit pecah serta mencantikkan kuku kaki anda.
Kak Gee doakan agar kakak Lin dapat mengatasi masalah ini!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee
;