Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTEPIKAKGEE; Pengkid Nak Move On, Tapi Selalu Hanyut dan Kalah Dalam Lautan Dosa

Kak Gee 07/08/2020 | 15:00 MYT
SOALAN
Saya seorang pengkid yang mempunyai seorang anak angkat. Masalah saya ialah saya dah makin tua, anak makin besar tapi saya masih tak boleh lupakan bekas girlfriend saya yang pernah sama sama dulu ambil anak ini.
Walau hakikatnya sudah 5 tahun dia tinggalkan saya, yang jadi susah sebab saya sudah tidak berhubung dengan dia, tapi dia selalu ganggu saya lagi bila dia ada masalah dengan pasangan dia yang baru.
Ya Allah Kak Gee saya buntu. Saya cuba anggap dia macam kawan biasa disebabkan anak kami bersama tu.
Tapi setiap kali ada kesempatan berjumpa kami akan tetap hanyut dalam lautan dosa... Tolong Kak Gee, macam mana saya nak jauhkan diri dari dia.
Yang Benar,
Kaza
JAWAPAN
Hi Kaza, Kak Gee tak ada nasihat yang panjang lebar buat anda. Kak Gee percaya sebab sebagai orang yang mengaku usia sudah semakin meningkat, anda sebenarnya sudah faham dan tahu bahawa naluri yang ada dalam diri anda adalah salah.
Dan Kak Gee ucapkan syabas buat anda kerana berjaya mengakhiri hubungan songsang dengan bekas kekasih lama.
Jadi langkah seterusnya adalah agar jauhkan diri dan jangan membenarkan bekas kekasih kembali ke dalam diri anda. Jangan beri ruang. Jika pun mahu bertemu atas dasar anak, bertemulah di luar atau di tempat banyak orang yang boleh mengekang daripada kalian melakukan dosa.
Jangan jadikan anak angkat kalian sebagai alasan untuk hanyut terus dalam dosa. Kasihani anak anda. Jangan buat dia keliru dengan gaya hidup dan naluri anda. Didik ia dengan baik. Jika ia lelaki, ketahuilah pasangannya adalah perempuan dan begitulah sebaliknya.
Oleh itu Kak Gee minta Kaza menjadi lebih kuat untuk melawan nafsu. Terus dekatkan diri dengan Allah, mohon lembutkan hati anda untuk kembali ke jalan yang benar, mohon kepada Allah jangan pesongkan lagi hati anda. Mohon sesungguhnya Insya Allah, Allah maha memakbulkan.
Itu kisah Kaza bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #Pengkid #PMTepiKakGee
;