Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Remaja Penat Jadi Hamba Seks 'Ringan Ringan' Sejenis Teman Sebilik

Kak Gee 27/08/2020 | 15:00 MYT
SOALAN
Kak Gee, tadi saya tengah scroll Twitter terbaca orang buat confession dekat satu account ni pasal benda terlarang. Kebetulan keluar Kak Gee punya tweet. Saya rasa saya nak confess dekat sini.
Saya sekarang belajar dekat sebuah universiti. Dalam satu bilik, kitorang ada 4 orang. Cerita dia jadi macam ni. Saya dengan roommate asalnya kitorang takde pun perangai pelik ni. Tapi bila semua being open, kitorang dah tak malu nak buat apa je kat bilik. Kadang lepas mandi tak pakai apa pun okay je.
Then one day, saya dengan sorang roommate ni terlanjur buat benda tak patutlah. Tapi bukan berat-berat pun. Ringan-ringan je sebab nak test. Lepastu, terkantoi dengan sorang lagi roommate. Benda ni jadi macam pelik. Dia bagitahu lagi sorang roommate apa yang kitorang buat.
Dia ugut kitorang. Nak bagitahu orang lain. Kalau nak tutup mulut, kena ikut cakap diorang. Saya rasa dah tak tahu nak cari solution macam mana. Sebab saya tak larat jadi hamba seks ringan-ringan setiap kali lepas mandi diorang dah.
Walaupun sekarang PKP, diorang suruh buat video call untuk hm Kak Gee faham tak. Saya nak laporkan pada pihak polis atau pihak pengurusan universiti tapi family saya nanti akan tahu.
Dan confirm Kak Gee, saya akan kena lagi teruk dengan parent saya macam mana dia buat dekat abang dan kakak saya. Kena berhenti study and cari kerja hidup sendiri tanpa ihsan parents saya dah lepas ni. Kak Gee, tolonglah saya. Saya merayu.
Yang benar
Aidil
Kredit Foto: Insider
JAWAPAN
Hi Aidil, berat juga dilema yang anda hadapi ini. Kak Gee ikut simpati dengan apa yang sedang terjadi kepada anda. Tapi sebaik mungkin Kak Gee akan berikan sedikit nasihat yang mungkin boleh anda guna pakai ya Aidil.
Pertama, tolong hentikan semua perbuatan tak elok yang telah anda mulakan ini. Anda harus hentikan dan bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi. Fitrah manusia adalah berpasangan dengan bukan sejenis, jadi Aidil, selalu ingat dan tanam dalam diri. Jangan sampai anda terlanjur lebih jauh dengan perlakuan tak elok dan songsang ini.
Kedua, bersikap tegas dengan mereka dan jangan gentar sekiranya mereka mengugut akan membocorkan rahsia kalian kepada orang lain.
Kerana apa? Kerana jika rahsia kalian bocor, bermakna mereka juga akan terseret sama dalam cerita ini. Yelah, merekalah yang menjadikan anda sebagai tempat melampias nafsu. Bayangkan jika anda pula yang mengatakan kepada mereka, anda yang akan membocorkan rahsia besar kalian ini. Jadi berfikir secara logik dengan setiap ugutan dari rakan rakan anda.
Jika boleh selesaikan masalah ini dengan cara baik bersama mereka.
Ketiga, keluar daripada bilik tersebut. Sama ada anda minta kepada universiti untuk tukar bilik dengan pelajar lain atau menyewa kediaman yang jauh dari mereka. Cara ini selain dapat menjauhkan diri dari gangguan mereka, anda sebenarnya menyelamatkan diri sendiri untuk terus leka dengan 'permainan' yang anda sendiri mulakan.
Keempat, jika keadaan mendesak, buatlah laporan sama ada kepada pihak universiti atau polis. Perkara yang harus anda ambil berat adalah keselamatan. Ya, pasti malu jika perbuatan tak elok anda sampai ke pengetahuan orang lain, namun anda tidak boleh membenarkan hal ini 'membunuh' kehidupan anda. Dan Kak Gee faham, ibu bapa mana yang boleh menerima berita seumpama ini, tapi seperti kata pepatah, pandai buat pandailah tanggung.
Maka Aidil perlu bersiap dengan mental yang sangat kuat untuk semua kebarangkalian di masa depan.
Ingat pesan Kak Gee, Aidil bertaubat, jauhkan diri dari mereka, dan jadilah manusia yang lebih baik. Sebab kita manusia memang tak lari dari buat kesilapan. Tapi apa yang penting adakah kita ambil iktibar dari kesilapan yang telah dilakukan.
Itu kisah Aidil bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #LGBT #PMTepiKakGee
;