Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Taksub Dengan Kucing, Habis Satu Rumah Bau Hancing...Bakal Isteri Tertekan

Kak Gee 27/07/2020 | 12:32 MYT

Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Aina.

Saya bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, namun masalahnya adalah bakal suami saya tu.

Saya dah lama tahu yang dia memang sukakan kucing, tapi tak sangka pula rumah sewa dia penuh dengan haiwan tu.

Daripada pintu masuk sampailah ke ruang dapur.

Boleh bayang tak Kak Gee? Dengan baunya ya ampun! Hancing!

Saya memang tak ada masalah dengan kucing sebab saya pun suka kucing.

Tapi bila dah satu rumah penuh dengan haiwan tu, tambah pula bau hancing yang kuat.

Saya nak tegur tapi pada masa sama takut bakal suami kecil hati, kata saya tak terima dia seadanya pula.

Jawapan:

Walaikumsalam Aina terima kasih kerana #PMTepiKakGee.

Bagi Kak Gee, setiap perkara tu kalau dilakukan secara berlebihan memang tak elok.

Dalam kes Aina ni, bakal suami mungkin terleka dalam menjaga kucing.

Namun, lebih baik Aina tanya dia terlebih dahulu sama ada jumlah kucing tersebut akan kekal setelah kamu berdua berkahwin atau tidak.

Berkemungkinan apa yang dia lakukan. sekarang kerana dia masih bujang.

Mungkin ia akan berubah sebaik kamu berdua berumah tangga.

Tanya dahulu perancangannya.

Bila dah kahwin ni kena tolak ansur dan tidak boleh pentingkan diri sendiri.

Itu kisah Aina, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar? Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#Kucing #PMTepiKakGee #“Keluarga #Iskandar”
;