Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Terkesan Dengan Kematian ‘Black Panther’, Adakah Saya Alami Sakit Yang Sama?

Hanafis Haris 01/09/2020 | 12:39 MYT

Soalan:

Hi Kak Gee, nama saya Johan dan saya ada kemusykilan nak dikongsi.

Kisahnya baru-baru ini satu dunia dikejutkan dengan kematian Chadwick Boseman.

Lebih mengejutkan adalah dia sebenarnya menderita sakit kanser usus.

Disebabkan itu juga mulalah viral sebahagian info berkaitan kanser usus.

Melihat pada simptom yang disebut saya jadi takutlah Kak Gee.

Macam saya pun ada mengalami perkara yang sama kecuali penurunan berat badan.

Apa perlu saya buat Kak Gee? Nak jumpa doktor takut pula kalau betul kanser.

Jawapan:

Hi Johan, terima kasih sebab sudi PMTepiKakGee.

Pertama sekali, Johan janganlah percaya 100 peratus apa yang disebarkan di media sosial melainkan ia daripada sumber yang sahih.

Ada kalanya, jika kita ada simptom tersebut tidak semestinya ia kanser.

Sebab itulah pemeriksaan perlu dibuat.

Menerusi laman web myhealth.gov terdapat beberapa tanda kanser usus antaranya, abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang, turun berat badan tanpa sebab, kerap penat atau letih lesu, perubahan habitat pembuangan najis.

Selain itu, najis akan berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.

Saiz pula kecil atau leper dari biasa.

Terdapat beberapa ujian yang perlu dilakukan untuk membuat diagnosa kanser kolon dan rektum dan untuk mengesan sama ada berlaku perebakan ke organ lain dan untuk mengambil keputusan cara rawatan yang baik.

Ujian ini termasuklah sigmoidoskopi/ kolonoskopi iaitu tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.

Selain itu adalah melalui biopsi iaitu pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.

Apapun segeralah berjumpa doktor pakar selagi ia boleh dirawat.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#PMTepiKakGee #“Chadwick #Boseman”
;