Semua | All
#GempakSpot: Demi Menjaga Kebajikan, Ila Naim Sanggup Berhutang
Ini kisah aku, nama aku Ila Naim (bukan nama sebenar), seorang wanita yang tidak berkahwin, usiaku boleh dikatakan lanjut, kadang-kadang aku terasa sepi, teringin memiliki suami dan anak-anak, namun apakan daya, jodoh aku masih belum sampai, aku hanya mendoakan yang terbaik untuk diriku.
Namun begitu, aku tidaklah sunyi sepanjang masa, duniaku sering dimeriahkan oleh tujuh orang anak-anakku, dari mana datangnya mereka sedangkan aku tidak pernah berkahwin?
Mereka adalah anak-anak angkatku yang aku jaga dibawah naungan sebuah rumah penjagaan remaja yang bermasalah, aku namakan rumah ini Matahari, pendek kata, rumah ini aku tubuhkan untuk membantu mereka, bimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.
Latar belakang mereka berbeza-beza, ada yang hamil anak luar nikah, ada yang pernah dirogol, mencuri, pernah mengambil dadah dan sebagainya. Tugas aku adalah membimbing dan memberi sokongan kepada mereka. Dari situ, dapatlah aku mengubati kesunyian di hati ini.
Pada mulanya, di awal penubuhan Matahari, semuanya berjalan lancar, aku guna duit simpanan dari pendapatan aku sebelum ini, dan aku menerima sumbangan dari beberapa pihak tertentu. Rumah ini tidaklah besar, hanya tujuh orang yang aku jaga setakat ini, walaupun pada mulanya mereka seolah-olah berasa terpaksa berada di sini, namun lama-kelamaan, mereka sudah gembira dan bahagia.
Selepas dua tahun penubuhan Matahari, kini aku dapat merasakan kewangan untuk rumah kebajikan ini sudah tidak stabil, aku tidak mampu membayar segala kos seperti biasa, aku cuba mendapatkan bantuan dari NGO lain dan dari individu tertentu, namun ia bukanlah mudah, aku tidak dapat sumbangan dari sesiapa pun. Aku sudah mula bimbang, mana tidak, ia melibatkan tujuh orang yang lain, bukan masalah aku seorang!
Alhamdulillah, adik-beradikku sudi meminjamkan wang mereka, tapi aku sendiri pun faham, mereka bukanlah orang senang, masing-masing memerlukan wang. Tapi mereka bantu aku dengan ikhlas, mereka faham aku lebih terdesak dalam situasi ini.
Aku pun membayar segala hutang yang tertunggak, ada juga bayaran tenaga pengajar yang memberi ceramah motivasi kepada anak-anak jagaan aku yang masih belum aku bayar. Alhamdulillah, dapatlah aku langsaikan hutang yang ada, tapi, bukan semua dapat dilunaskan. Apa harus aku buat? Aku masih tidak bertemu penyelesaian!
Apa yang aku buat sekarang adalah berhutang untuk membayar hutang, aku kecewa dengan diri aku sendiri kerana gagal menguruskan Matahari dengan baik.
Semakin lama aku semakin kusut, aku betul-betul buntu, namun aku cuba selindungkan kerisauan aku ini dihadapan tujuh orang anak-anak jagaanku itu. Aku sanggup berhutang demi menjaga kebajikan untuk mereka.
Tiba-tiba, terlintas di fikiranku untuk pinjam wang dari lintah darat, mungkin mereka beri tempoh yang agak lama kepada aku untuk membayar semula wang mereka, tapi dari apa yang aku tahu, jika aku gagal, habislah aku mereka kerjakan.
Hanya Tuhan yang tahu tentang perasaan aku ini. Aku masih keliru, jika ikutkan hati, aku mahu pinjam, kemudian aku usahakanlah apa cara sekalipun untuk membayar semula.
Aku sudah terdesak, adik beradik aku mesti mahu pakai duit, aku tak boleh pinjam lama-lama. Aku betul-betul fikirkan situasi sekarang, aku mahu selamatkan Matahari dan tujuh orang anak perempuan aku. Nanti pandai-pandai lah aku usahakan wang untuk membayar semula wang peminjam itu. Patutkah aku nekad dengan keputusan ini?
Aku buntu kerana niatku untuk membantu dan membuat baik kepada mereka yang memerlukan, tapi akhirnya aku tersepit.
*Ila Naim adalah penulis bebas untuk artikel di atas. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke [email protected]
*Astro dengan kerjasama Chatime Malaysia kini tampil dengan program realiti nyanyian baharu berjudul Mikrofon Impian untuk membantu masyarakat yang dibebani dengan masalah hutang.
Program Mikrofon Impian akan diterajui Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video