Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Anda Cuma Ada 10 Tahun lagi Untuk Guna Mesin ATM!

Hanafis Haris
04/12/2017 03:55 MYT
Pada bulan lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) menyuarakan misinya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai komuniti ‘cashless’ menjelang tahun 2050.
 
Hasrat ini nampaknya disambut baik oleh orang ramai memandangkan penggunaan bayaran secara kredit, debit dan menerusi telefon pintar semakin dipraktikkan dalam banyak negara di seluruh dunia.
 
Bagaimanapun adakah anda terfikir suatu hari nanti mesin juruwang automatik (ATM) akan menjadi 'mangsa' apabila ia tidak akan digunakan lagi?


KHIDMAT ATM TIDAK MENGUNTUNGKAN


Ramalan mengenai 'masa depan' itu disuarakan John Howells, seorang daripada individu penting di Link iaitu sebuah syarikat yang mengendalikan 70,000 mesin di United Kingdom (UK).

Menurut laporan Mstar, John menyatakan penggunaan wang fizikal akan berkurangan memandangkan kemerosotan ekonomi yang melanda dunia ketika ini.
 
Selain itu, tabiat orang ramai yang kini lebih selesa dengan transaksi mudah alih dan membeli belah secara atas talian menjadikan khidmat ATM semakin kurang digunakan.
 
Berdasarkan pemantauannya, perkhidmatan mesin ATM tidak lagi lagi menguntungkan jika dibandingkan dengan beberapa tahun sebelumnya.
 
Jelasnya, jika mesin ATM dilupuskan, orang ramai terpaksa menggunakan keadah lain dan cara paling mudah adalah dengan menggunakan khidmat kedai runcit.
 
Orang ramai boleh mengeluarkan wang daripada rangkaian kedai runcit terpilih. Namun, penggunaan kedai runcit sebagai platform mengeluarkan wang dikhuatiri menyumbang kepada masalah jenayah.

Jika di Malaysia anda boleh lihat pada ejen Bank Simpanan Nasional yang banyak digunakan di kedai runcit.
 
"Dalam tempoh lima sehingga 10 tahun akan datang, tiada lagi mesin ATM diperlukan. Cara yang terdekat adalah dengan mengeluarkan wang melalui kedai runcit," katanya.

BANYAK BANK GULUNG TIKAR

 
Menurut John, situasi di negaranya ketika ini memperlihatkan banyak bank sudah ‘gulung tikar’ biarpun di kawasan bandar kerana tidak mendapat keuntungan.
 
Akibatnya, orang ramai terpaksa bergantung sepenuhnya dengan mesin ATM.
 
“Link di United Kingdom (UK) merancangkan untuk mengurangkan bayaran sebanyak 20 peratus. Tindakan ini sekali gus menimbulkan kebimbangan pengguna di kawasan bandar dan kampung bakal kehilangan perkhidmatan mesin ATM secara percuma,” katanya.
 
Jika dilihat situasi di Malaysia, kita boleh lihat setiap hari transaksi menggunakan mesin ATM masih diguna pakai dan ada yang sanggup beratur panjang.

Bagaimanapun, seiring dengan perubahan semasa, tidak mustahil mesin ATM tidak lagi digunakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ini bermakna, segala kemungkinan boleh berlaku dan kita mengharapkan orang ramai sebagai pengguna tidak lagi panik dengan situasi ini kerana mereka sudahpun tahu berita ini sejak 10 tahun lalu.
#Ramalan #Ramalan