Filem terbaru Marvel iaitu Black Panther telah pun ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia dan mendapat reaksi yang positif dalam kalangan penonton.

Malah, ada yang mengatakan filem ini antara yang terbaik mengenai kisah adiwira yang pernah dihasilkan Marvel.

Jika anda sudah menonton filem tersebut, pastinya turut kagum dengan aksi dan elemen futuristik yang ditampilkan.

Namun, apa yang paling menarik perhatian penonton terhadap filem ini juga menampilkan banyak budaya suku kaum Afrika.

Antara yang ditampilkan termasuk penggunaan elemen piring bibir atau digelar sebagai ‘Lip plate’, tudung Zulu, topeng Igbo, selimut Basotho dan banyak lagi.
Kesemua elemen ini diubah suai mengikut peredaran zaman dan kesesuaian filem berkenaan.

Individu di belakang tabir filem ini pastinya membuat rujukan terperinci bagi memastikan filem ini dihasilkan dengan sempurna.

SENTUHAN ELEMEN SILAT HARIMAU

Kelincahan bagaikan seekor harimau yang bertarung.
Aspek utama filem ini sudah tentunya aksi seni mempertahankan diri. Boleh dikatakan gaya aksi yang ditampilkan dalam filem ini membuatkan anda berasa kagum!

Namun, tahukah anda aksi lawan dalam filem ini juga mendapat sentuhan dan inspirasi daripada gaya seni mempertahankan diri yang popular di Malaysia iaitu silat?

Perkara ini didedahkan pelakon utamanya, Chadwick Boseman memberitahu The Straits Times Singapura yang mana mereka turut mempelajari silat.

Menariknya, silat yang dilatih adalah jenis silat harimau. Sesuai dengan karakter Black Panther!

“The purpose of training is to tighten up the slack, toughen the body, and polish the spirit.” - Morihei Ueshiba #blackpanther #bts #fma #sanucesryu ?: @realaddison ??: @marresecrump

A post shared by Chadwick Boseman (@chadwickboseman) on


"Banyak elemen yang berlaku dalam koreografi termasuk menggabungkan capoeira (Brazil), tinju Dambe (Afrika Barat), gusti Senegal dan campuran gaya Asia seperti muay thai dan silat harimau, " katanya.

Malah, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik video ketika dia berlatih silat menerusi Instagram pada Mei lalu.

SESUAI AKSI LAWAN DI KAWASAN BASAH LICIN

Untuk makluman, silat harimau memiliki bentuk kelincahan bagaikan seekor harimau yang bertarung.

Gaya silat ini memang memberi kelebihan sekiranya pertarungan berlaku di kawasan basah dan licin.

Malah, serangan yang dilakukan boleh mempengaruhi mental, pernafasan, peredaran darah hingga mampu menyebabkan kematian.

Anda boleh saksikan seni silat harimau dalam video ini.