Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
SKOP

Apabila 'Orang Mati' Diminta Bayar Cukai Pendapatan, LHDN Beri Penjelasan

Sufiah Akmal 29/07/2017 | 08:26 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu surat tunggakan cukai yang dihantar oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada waris seorang pembayar cukai yang dikategorikan sudah meninggal dunia bagi menuntut waris berkenaan menjelaskan tunggakan cukai tersebut.
Kesilapan itu menyebabkan LDHN dikritik sebilangan netizen memandangkan pembayar cukai berkenaan sebenarnya masih hidup. Ekoran itu LHDN dalam satu kenyataan media pada semalam membuat permohonan maaf kepada pembayar cukai berkenaan.
KESILAPAN LHDN
LHDN dalam kenyataannya menjelaskan, kecuaian itu berlaku gara-gara kesilapan data borang dalam menentukan status pembayar cukai oleh pentadbir cukai langsung negeri.
"LHDN ingin mengakui telah berlaku kesilapan data borang dan kecuaian di pihak kami dalam menentukan status pembayar cukai. Melalui semakan lanjut yang dibuat, LHDNM mendapati pembayar cukai masih hidup dan dengan ini ingin memohon maaf kepada pembayar cukai tersebut atas kesilapan yang berlaku," katanya.
Jelasnya, surat permohonan maaf akan dihantar kepada pembayar cukai tersebut dan tindakan yang bersesuaian juga akan diambil bagi mengelakkan kesilapan berulang.
BENARKAH DAKWAAN TIADA CUKAI TERTUNGGAK?
Maklumat yang tular di media sosial turut mendakwa pembayar cukai tersebut sebenarnya tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai dengan LHDN. Adakah benar dakwaan itu? Jawapannya belum pasti.
LHDN memaklumkan masih dalam peringkat membuat semakan baki cukai pembayar cukai berkenaan sama ada mempunyai tunggakan seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut atau sebaliknya.
"Pihak LHDN akan mengemaskini pembayar cukai berkenaan dengan kedudukan cukai beliau setelah semakan terperinci dilakukan," katanya.
LHDN BOLEH TUNTUT TUNGGAKAN CUKAI
LHDN bagaimanapun menegaskan pentadbir cukai langsung negeri sememangnya mempunyai mempunyai kuasa menurut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat tuntutan baki cukai tertunggak kepada waris sah mana-mana individu yang meninggal dunia.
Sekiranya waris sah si mati tidak mempunyai kemampuan untuk membayar tunggakan tersebut secara sekaligus, LHDN menasihatkan waris sah si mati mengunjungi pejabat LHDN untuk perbincangan bayaran secara ansuran.
Secara terperinci, kes cukai pendapatan bagi setiap individu yang meninggal dunia diselesaikan dengan cara seperti berikut:
1. Cukai Pendapatan Individu Yang Meninggal Dunia
Bagi individu yang meninggal dunia, taksiran cukai akan dibuat untuk pendapatan yang diterima sehingga tarikh kematian individu tersebut. Bagaimanapaun, ia merujuk pada beberapa perkara berikut:
2. Layanan Terhadap Baki Cukai Si Mati
2.1. Lebihan Kredit Cukai
Sekiranya si mati mempunyai lebihan kredit, waris sah si mati boleh menuntut bayaran balik ke atas lebihan kredit tersebut dengan membawa dokumen di bawah:
2.2. Tunggakan Cukai
Cukai tertunggak wujud apabila baki cukai gagal dibayar dalam tahun semasa sehingga melangkau ke tahun taksiran berikutnya. Sekiranya si mati mempunyai tunggakan cukai, Wasi (waris sah) bertanggungjawab untuk menyelesaikan bayaran tunggakan tersebut. Kuasa menuntut cukai tertunggak si mati daripada Wasi (waris sah) adalah termaktub di bawah Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika Wasi si mati tidak mampu untuk menyelesaikan baki cukai tersebut, aturan bayaran boleh dilakukan secara budi bicara.
#Cukai Pendapatan #Cukai Pendapatan