Skop

Apabila Pulang Beraya, Semua Kongsi Kabel Elektrik Lepas Tu...

Sufiah Akmal
21/06/2017
08:00 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menasihati rakyat negara ini supaya lebih berhati-hati ketika menyambut Aidilfitri pada tahun ini bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa mereka.
Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, nasihat itu dikeluarkan kerana kes kebakaran pada musim perayaan berbanding bulan lain kebiasaannya akan mengalami peningkatan sebanyak 10 peratus.
“Pada bulan biasa, panggilan kebakaran antara 8,000 hingga 9,000 panggilan kecemasan kebakaran dan ia akan meningkat 10 peratus pada musim perayaan," katanya.
LEKA SAMBUT RAYA
Memang sudah lumrah dalam kemeriahan ramai orang menyambut Aidilfitri kadang-kala mereka terleka mengenai risiko kebakaran yang boleh berlaku ke atas rumah mereka. Kebakaran pada musim perayaan boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk percikan bunga api, ubat nyamuk, mancis, puntung rokok, kebocoran gas atau haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.
Bagaimanapun, kebanyakan kebakaran adalah disebabkan kegagalan, kerosakan, kurang penyelenggaran atau salah guna peralatan elektrik, pemasangan dawai elektrik secara salah, kabel sambungan dan litar terlebih beban.
Keadaan itu berlaku kerana bilangan penghuni sesebuah rumah boleh meningkat secara mendadak apabila ahli keluarga pulang beraya di kampung atau rumah itu menerima kunjungan sanak saudara jauh dan dekat.
Sebilangan rumah pula terutama di bandar-bandar akan ditanggalkan kosong kerana seisi rumah pulang ke kampung halaman masing-masing dengan peralatan elektrik sama ada masih berada dalam keadaan baik atau kurang baik.
Faktor salah guna peralatan elektrik, pemasangan dawai elektrik secara salah, kabel sambungan dan litar terlebih beban boleh menyebabkan kebakaran ketika pulang ke kampung.
PANDUAN PENGGUNAAN ELEKTRIK
Sehubungan itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan panduan penggunaan elektrik bersifat praktikal dan bijak tenaga untuk dijadikan amalan oleh orang ramai sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini seperti berikut:
  1. Pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan arus elektrik daripada terus mengalir.
  2. Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelakkan kecurian, sila pertimbangkan penggunaan alat pengukur masa (timer) supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari.
  3. Pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan.
  4. Pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik berfungsi dengan lancar.
  5. Buka gulungan wayar sambungan tambahan ('extension wire') sepenuhnya untuk mengelakkannya daripada menjadi terlalu panas jika digunakan.
  6. Menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB), adalah satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali. Sila rujuk laman web www.tnb.com.my atau Facebook, TNB Careline untuk mengetahui cara-cara menguji PLAB.
TALIAN KECEMASAN
Selain panduan tersebut, kakitangan TNB turut diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk memberi bantuan sewajarnya kepada orang ramai yang mengalami gangguan bekalan elektrik sepanjang perayaan Aidilifitri ini.
Orang ramai yang mahu mendapatkan bantuan berkenaan diminta supaya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau melayari Facebook, TNB Careline
“Semoga panduan tersebut membantu anda berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai dalam suasana ceria. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” kata Pengurus Besar Kanan, (Hal Ehwal Korporat), Kumpulan Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.