Skop

Aplikasi Ini Mungkin Mencuri Data Dan Maklumat Akaun ASB Anda!

Hanafis Haris
22/03/2018
05:57 MYT
Pelbagai cara dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjerut mangsa bagi mengaut keuntungan 'atas angin'.
Jika dulu, penjenayah atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’ ini bergiat aktif menerusi panggilan telefon, namun kini mereka dilihat lebih tertumpu kepada aplikasi telefon pintar.
APLIKASI PALSU GUGAT KESELAMATAN AKAUN PENGGUNA
Biarpun aplikasi ini telah dibuang daripada Play Store, namun masih ramai yang telah memuat turun. Modus operandi seperti ini terbongkar apabila Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengenal pasti satu aplikasi palsu yang cuba menggunakan nama mereka.
Aplikasi ini dibangunkan menggunakan nama dan logo Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Sekali pandang memang kelihatan seperti aplikasi rasmi daripada pihak ASNB.
Bagaimanapun Pengurus ASB menerusi kenyataan media berkata, aplikasi berkenaan menyalahgunakan nama dan logo ASB iaitu satu daripada tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB.
Jelasnya, aplikasi berkenaan mempunyai fungsi untuk semakan informasi ASB, ASNB dan PNB.
“Pihak ASNB mengenal pasti terdapat aplikasi Internet di Google Play Store menggunakan nama ASB, PNB, ASNB dan ASB Kalkulator.
“Bagaimanapun pihak PNB tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pernah terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan aplikasi berkenaan selain logo PNB, ASB dan ASNB yang tertera di laman aplikasi itu di Google Play Store juga digunakan tanpa kebenaran,” katanya.
LAPOR JIKA PERNAH MENGGUNAKAN APLIKASI TERBABIT
Nyah pasang aplikasi ini jika anda telah memuat turu ke dalam peranti anda. Sebagai langkah berjaga-jaga pihak ASNB turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati.
Ini kerana kandungan dinyatakan dalam aplikasi berkenaan tidak diiktiraf dan ia beroperasi tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak ASNB.
Malah pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada maklumat atau kenyataan di dalam aplikasi berkenaan,
Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai pengendalian aplikasi berkenaan atau mengenai pengendali diminta menghubungi ASNB di talian 03-20573000.
Bagi pembaca Rojak Daily Skop! Kami nasihatkan supaya anda ‘uninstall’ aplikasi terbabit kerana dikhuatiri akan mencuri segala maklumat keselamatan termasuk kata laluan akaun ASB anda.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Sebutan Semula Kes Ibu Bapa Zayn Rayyan Pada 18 September

gempak
26/07/2024
03:12 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 18 September ini sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang didakwa mengabaikan kana-kanak austisme iru, Disember lalu.
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Tiba Di Mahkamah

gempak
26/07/2024
01:35 MYT
Anggota polis yang ditahan berkait pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pagi Jumaat.