,
Skop

Badai '5/11 Storm' Paling Ganas Dalam Sejarah Pulau Pinang

Sufiah Akmal
06/11/2017
09:58 MYT
Sehingga jam 10 malam tadi, tujuh penduduk Pulau Pinang dilaporkan maut akibat banjir di negeri itu. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar. Sebahagian mangsa yang lemas ditemui di sekitar daerah Timur Laut.
Semalam, kerajaan Pulau Pinang hampir mengisytiharkan darurat bencana tetapi ia dapat dielakkan selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar pasukan bantuan ke negeri itu.
Itu antara sebahagian daripada implikasi banjir yang melanda Pulau Pinang sejak malam kelmarin. Hujan lebat dilaporkan melanda negeri itu sejak jam 8 malam sebelum banjir kilat berlaku bermula dari 12 tengah malam.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) yang bertanggungjawab dalam urusan bekalan air menggelar badai yang melanda Pulau Pinang semalam sebagai '5/11 Storm' kerana yang paling ganas dalam sejarah negeri itu.
Badai '5/11 Storm' menyaksikan sebanyak 320 milimeter (mm) taburan hujan dicatatkan dalam tempoh lebih 24 jam di Pulau Pinang sedangkan rekod taburan hujan tertinggi sebelum ini cuma 270mm.
"Tidak pernah ada kes badai seganas ini direkodkan oleh PBAPP hanya dalam tempoh 24 jam," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa dalam satu kenyataan media hari ini.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut sama membantu memindahkan mangsa banjir.
EMPANGAN/LOJI RAWATAN AIR TERJEJAS
Bagaimanapun, impak dan ancaman banjir di Pulau Pinang bukan hanya merujuk bencana itu semata-mata. Apa yang lebih membimbangkan adalah kesan buruk selepas banjir. Begitu juga, kerosakan ke atas infrastruktur dan fasiliti di negeri itu sememangnya tidak dapat dielakkan.
Antara yang dikenal pasti terjejas teruk akibat banjir di negeri itu sejak malam kelmarin adalah empangan dan loji rawatan air yang merupakan fasiliti terpenting untuk rakyat negeri itu.
Berikut adalah kesan '5/11 Storm' ke atas penyimpanan bekalan air di Pulau Pinang seperti yang dimaklumkan oleh PBAPP:
1. Empangan Air Itam
Kapasiti bertambah sehingga 10 peratus hanya dalam tempoh satu malam. Kejadian tanah runtuh berlaku di beberapa lokasi di sepanjang Jalan Empangan Air Itam dan terpaksa ditutup buat sementara.
2. Loji Rawatan Air Waterfall
Jambatan tinjau di Taman Botani, Pulau Pinang dibadai air yang naik secara mendadak. Sebuah 'raw water intake' turut dilanda badai manakala dua 'raw water intake' di kawasan itu tersekat dan ditenggelami air. Aliran air yang sangat kuat sangat berbahaya untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
'Raw water intake' merupakan tempat pertama air masuk untuk diproses di loji rawatan air. Fungsi utamanya adalah membersihkan air daripada sampah sarap.
3. Loji Rawatan Air Guillemard
Staf Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) membersihkan pokok tumbang di kawasan Loji Rawatan Air Guillemard.
Saluran ke loji tersebut terhalang oleh tanah runtuh dan pokok yang tercabut. Jentolak terpaksa digunakan untuk melepaskan halangan berkenaan.
4. Loji Rawatan Air Sungai Pinang
'Raw water intake' di Titi Kerawang tersekat dengan serpihan banjir. Pokok yang tumbang menghalang akses ke situ. Menurut PBAPP, badai '5/11 Storm' turut menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di negeri itu semalam tetapi keadaan masih terkawal.
RAMAI TAMPIL MEMBANTU
Selain Kerajaan Persekutuan, pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghantar bantuan ke Pulau Pinang atas dasar perikemanusiaan sejak kelmarin.
Kerajaan Kelantan dilaporkan memberi bantuan RM50,000 dan menghantar sukarelawannya manakala Kerajaan Selangor memberi bantuan RM1 juta kepada kerajaan Pulau Pinang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut melawat kawasan banjir di negeri itu.
Bencana terburuk itu turut mendapat perhatian perkhidmatan teksi e-hailing, Uber yang memain peranan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang semalam.
Uber mengumumkan menggantung sementara pembayaran tambang dan yuran pembatalan kepada mangsa banjir yang memerlukan pengangkutan bagi menyelamatkan diri daripada bencana alam itu.
Segala bantuan yang diterima Pulau Pinang jelas menunjukkan betapa rakyat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang sangat prihatin dalam membantu mereka yang ditimpa musibah walaupun mempunyai pendirian politik berbeza.
Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini berterima kasih kepada semua bantuan yang diterima negeri itu dan memaklumkan bantuan paling banyak diterima setakat ini adalah dalam bentuk makanan.
Justeru, bantuan berbentuk makanan pada waktu ini dillaporkan lebih daripada mencukupi untuk diedarkan kepada mangsa banjir yang terjejas.
Bantuan yang diperlukan di Pulau Pinang pada masa ini adalah kit pembersihan seperti jet air, peralatan pembersihan, hos, penyapu kaku, sarung tangan, penyodok dan seumpamanya.
Selain itu, bantuan lain yang diperlukan adalah lori dan kenderaan besar untuk membersihkan pokok, sampah, runtuhan serta sukarelawan untuk membantu membersihkan rumah yang terkena banjir.
BANJIR MULA REDA
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di lima daerah di Pulau Pinang bagaimanapun dilaporkan mula menurun sedikit sejak tengah hari ini iaitu seramai 5,478 orang berbanding hampir 6,000 mangsa semalam.
Seberang Perai Utara (SPU) mencatat jumlah mangsa paling ramai sehingga kini dengan 2,922 orang di 28 pusat pemindahan diikuti Seberang Perai Tengah (SPT) 1,933 mangsa di 25 pusat pemindahan.
Rojak Daily Skop! bersama rakyat Malaysia mendoakan segala kesulitan yang dihadapi rakyat Pulau Pinang sejak malam kelmarin segera berakhir dan keadaan kembali pulih seperti biasa.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Risiko Banjir & Hujan Lebat Punca Rock Warrior Music Festival Ditunda Ke Mei 2025!

gempak
11/11/2024
03:20 MYT
Rock Warrior Music Festival yang dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 November depan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur akan ditunda tarikhnya kepada bulan Mei tahun hadapan.
Hiburan

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

gempak
15/10/2024
05:25 MYT
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.
Viral

Walaupun Rumah Ditenggelami Air Banjir, Mua Bellaz Tetap Posing OOTD Ketika Beri Bantuan - “Cantiknya Mangsa Banjir Ni”

gempak
22/09/2024
09:55 MYT
Jurusolek terkenal Mua Bellaz mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi keadaan terkini kawasannya yang dinaiki air banjir baru-baru ini.
Hiburan

Banjir Di Rumah Penampang Sudah Surut, Stacy Syukur Keluarga Selamat - "Ini Paling Teruk Sebab..."

gempak
02/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi Stacy berkongsi perkembangan mengenai situasi dan keadaan rumah keluarganya di Penampang yang dilanda banjir.
Viral

Monica Ting Siew Kwong Sempat Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Penampang

gempak
02/07/2024
03:17 MYT
Wanita yang menjadi korban pertama dalam bencana banjir di negeri ini disifatkan seorang yang berhati mulia kerana sempat berkhidmat kepada masyarakat yang terjejas di Penampang.
Unitar