SKOP
Bangkitkan Semangat Patriotik Rakyat Malaysia, Apa Kata Raikan Hari Teh Tarik Malaysia
Tahun ini semangat patriotik dalam kalangan rakyat di negara ini cukup berbeza dan membara. Sepertimana dihebahkan menerusi media sebelum ini, bermula dari 19 sehingga 30 Ogos nanti, temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Sukan SEA edisi ke-29 akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Sehari selepas Sukan SEA melabuhkan tirainya iaitu pada 31 Ogos, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-60. Malah, suasana kemeriahan dua acara tersebut bersama semangat patriotik itu sebenarnya tidak terhenti di situ saja kerana dua minggu selepas itu, negara akan menyambut Hari Malaysia pada tarikh 16 September.
MALAYSIA SYURGA MAKANAN
Sebagaimana semangat patriotik ditunjukkan dalam tiga acara terpenting kali ini, pelbagai aktiviti lain untuk membangkitkan semangat patriotik di dalam diri kita boleh dilakukan bersama antaranya meraikan keunikan dalam negara sendiri.
Salah satu perkara yang membuatkan Malaysia unik di mata dunia adalah kepelbagaian dan keenakkan makanan yang terdapat di tanah air tercinta ini. Mengikut senarai “Destinasi yang mempunyai makanan terbaik di dunia” yang dikeluarkan oleh CNN pada tahun 2015, Malaysia berada pada kedudukan keenam keseluruhan.
Menerusi pelbagai hidangan enak seperti nasi lemak, sate, laksa, rendang, dan roti canai, kita sememangnya dikenali sebagai syurga makanan oleh masyarakat antarabangsa.
Satu lagi hidangan yang tidak ketinggalan menjadi kegemaran ramai adalah teh tarik. Tidak kira pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam, menikmati segelas teh tarik memang cukup mengasyikkan.
HARI TEH TARIK MALAYSIA
Sesuai dengan populariti teh tarik dalam kalangan masyarakat tempatan dan juga semangat patriotik yang sedang membara ketika ini, satu lagi hari sambutan khas mungkin diadakan bagi meraikan minuman kegemaran ramai tersebut.
Jenama teh terkenal Lipton kini bercadang untuk menjadikan tarikh 15 September 2017 sebagai Hari Teh Tarik Malaysia. Bagi memeriahkan hari tersebut, mereka mahu mengedarkan 1 juta cawan teh tarik Lipton Ekstra Kaw secara percuma kepada orang ramai.
Namun, bagi menjadikan impian mereka ini satu kenyataan, Lipton memerlukan bantuan orang ramai iaitu perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 150,000 'Like' pada status di Facebook mereka di sini.
Sekiranya berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, Hari Teh Tarik Malaysia akan berjalan seperti yang dirancang dan seterusnya rakyat Malaysia akan dapat menikmati satu juta teh tarik Lipton Ekstra Kaw secara percuma! Jadi, apa yang ditunggu lagi? jom 'like' dan dapat minum teh tarik percuma!
Must-Watch Video