,
Skop

Bayi 6 Bulan Tawan Gunung Brinchang Dikecam Netizen

Hanafis Haris
05/10/2017
08:27 MYT

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini mungkin paling tepat dengan apa yang dilakukan seorang bapa kepada anaknya yang baru berusia enam bulan. Menariknya, tidak sampai setahun usianya, bayi ini sudah berjaya menakluki Gunung Brinchang, Cameron Highlands pada berketinggian 2,031 meter.

Noah Hannan seberat 10 kilogram dibawa bapanya, Murshid Maktar, 30 dengan berpakaian tebal lengkap dengan sarung tangan. Malah, beberapa gambar kenangan mereka berdua turut dimuat naik di Facebook Murshid.
Nyata, tindakan lelaki itu berkongsi gambar bersama anaknya di media sosial menerima pelbagai komen daripada netizen. Ada yang memuji manakala ada juga yang mengecam tindakan membawa bayi ke kawasan pergunungan.
Menerusi komen tersebut, ada netizen membangitkan isu gangguan makhluk halus di dalam hutan. Bagi mereka, hutan adalah satu lokasi yang tidak sesuai dibawa untuk bayi atau kanak-kanak yang masih ‘mentah’. Malah, tidak kurang juga mengecam dari sudut kesihatan berikutan cuaca Gunung Brinchang yang sejuk. Rojak Daily Skop mendapatkan Murshid berhubung tindakan berkenaan.
Murshid memastikan pakaian anaknya lengkap bagi mengelakkan daripada kesejukan.

BUAT KAJIAN BUKAN MEMBUTA TULI

Menurut Murshid, apa yang dilakukannya sekadar untuk beriadah sambil menghabiskan masa bersama anak pertamanya itu. Dia berpandangan tindakan itu sebenarnya bergantung pada ibu bapa itu sendiri sama ada sanggup atau tidak untuk pergi ke tempat sedemikian. Baginya, dia akan melakukan kajian terlebih dahulu dan bukannya hanya mendaki secara ‘membuta tuli’.
“Saya faham bukan semua jenis hutan sesuai untuk membawa bayi mahupun kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi Rojak Daily Skop!.

Keadaan persekitaran Cameron Highlands yang sejuk menjadikan kawasan terbabit bebas nyamuk. Itu antara yang dipelajari selepas beberapa kali mendaki di kawasan berkenaan. Malah, laluan orang ramai keluar masuk mengurangkan lagi kadar kehadiran haiwan liar dan buas di sekitar gunung.

Jelasnya, dia tahu batas suhu yang sesuai dengan anaknya. Cuaca di laluan Gunung Brinchang ketika itu masih terkawal dan hakikatnya Murshid dan anaknya tidak mendaki sehingga ke puncak Gunung Irau yang ternyata lebih sejuk.

"Saya tahu di puncak Gunung Irau suhunya lebih rendah, jadi kami berdua menamatkan perjalanan di kawasan bawah sahaja. Lagi pun bukan niat sebenar untuk mendaki tinggi-tinggi, hanya sekadar beriadah,” katanya.

Murshid membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan membawa anaknya, Noah memanjat gunung.

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Sebagai umat Islam kita percaya makhluk ciptaan Tuhan selain manusia. Begitu juga, Murshid berpandangan niat yang betul dan diiring doa serta yakin dengan lindungan Tuhan menjadi kekuatan untuknya membawa anaknya itu.

"Gangguan makhluk halus ada dimana-mana. Pasang niat dengan betul dan sentiasa bergerak dengan diiringi doa,” katanya.

Bagi "kaki hiking’ seperti Murshid, tindakannya membawa anaknya berusia enam bulan itu sekadar untuk beriadah dan memberi pendedahan awal kepada alam sekitar. Selain bagus untuk keyakinan diri, ia antara masa lapang terbaik untuk mereka berdua.

Tidak melatah dengan kecaman netizen, Murshid sebaliknya mempunyai perancangan untuk menakluk gunung lain bersama anaknya. Namun, dia hanya memilih kawasan yang sejuk kerana suhu yang panas akan membuatkan anaknya tidak selesa.

BUKAN PERTAMA KALI TULAR

Gambar murshid menyelam di Sungai Bangan, Terengganu pernah menjadi tular pada tahun 2015
Murshid mempunyai latar belakang sebagai pendaki selama empat tahun pernah menawan pelbagai gunung antaranya kesemua gunung tertinggi di Semenanjung (G7), beberapa gunung di Indonesia dan bakal memulakan ekspidisi ke Annapurna Base Camp secara solo pada Disember ini.
Menariknya, kisah 'adventure' Murshid ini pernah tular sebelum ini dengan kisah pendedahan lokasi Sungai Bangan Terengganu pada tahun 2015. Nampaknya, Murshid bukan saja seronok melakukan aktiviti riadah seperti mendaki dan menyelam tetapi dia juga sudah mempunyai 'peminat' sendiri di media sosial.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

gempak
11/10/2024
03:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas ramai yang meluahkan rasa sebak mendengar sesi podcast Borak Dulu Baru Kamu yang kembali tular.
Hiburan

Video Prank Bergaduh Sebelum Sambut Hari Jadi Tular, Fasilitator UiTM Segamat Tampil Mohon Maaf

gempak
04/10/2024
06:49 MYT
Selepas tular video prank bergaduh di hadapan pelajar baharu dalam sesi orientasi baru-baru ini, fasilitator Universiti Teknologi Mara Segamat tampil membuat permohonan maaf.
Viral

Ramai Kecewa Tak Sempat Nak Rasa, Gerai Burger Disinggah IShowSpeed Kena Sita - “Harap Abang Tabah, Semoga Ada Lokasi Baru”

gempak
03/10/2024
08:31 MYT
Gerai burger tular yang pernah disinggah oleh penstrim terkenal Amerika Syarikat iaitu IShowSpeed kini telah disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
Viral

3 Tahun Kahwin, Suami Terkilan Isteri 'Tak Sengaja' Lakukan Hubungan S*ks Dengan Lelaki Lain

gempak
01/10/2024
09:55 MYT
Kepercayaan semestinya satu faktor utama dalam menjayakan sesuatu perhubungan.
BorakSeeni