Dunia pemasaran global sudah jauh berubah apabila pelbagai jenama dalam dunia kini lebih tertumpu kepada pemasaran digital yang jauh lebih berkesan dan murah berbanding pemasaran secara tradisional.

Medium pemasaran atau pengiklanan digital di Malaysia juga semakin berkembang pesat berikutan komitmen kerajaan menyediakan infrastruktur telekomunikasi yang lengkap meliputi segenap aspek.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agung pada 1 Ogos lalu memaklumkan 53,285 peniaga dalam talian berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setakat 10 Julai lalu. .


SHELL MALAYSIA PUN JUAL MINYAK DALAM TALIAN

Syarikat petroleum Shell Malaysia Trading Sdn Bhd (Shell Malaysia) juga tidak mahu ketinggalan dalam aspek pemasaran digital dengan melancarkan gedung rasmi dalam taliannya yang pertama baru-baru ini.

Ia yang dikenali sebagai Shell Malaysia Official Online Store menerusi laman sesawang membeli-belah atas talian popular, Lazada Malaysia (Lazada) yang bertujuan memudahkan pemilik kereta mendapatkan minyak motor Shell Helix yang tulen.

Pembelian di gedung dalam talian itu begitu menyenangkan kerana harga termasuk kos penghantaran ke serata Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pengguna kenderaan kini boleh membeli minyak motor Shell Helix tulen menerusi platform atas talian, Lazada.

PAKEJ SERVIS YANG LEBIH MURAH

Shell Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan Shell Malaysia Official Online Store turut menawarkan nilai yang hebat bagi pakej servis minyak enjin di bengkel-bengkel berdaftar yang terpilih di sekitar Lembah Klang dan Johor.

Pakej tersebut bermula dari harga serendah RM103 merangkumi minyak motor Shell Helix pilihan, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma boleh dinikmati pengguna Shell Malaysia Official Online Store.

Pemilik kereta yang mendapatkan pakej servis minyak enjin dari Shell Malaysia Official Online Store akan dihubungi oleh pengedar rasmi Shell untuk mengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan mereka, diikuti oleh pengesahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

Shell Malaysia Official Online Store turut menyediakan sokongan teknikal produk bagi mereka yang ingin mendapatkan panduan mengenai minyak motor Shell Helix yang paling sesuai untuk kereta mereka.


TAWARAN BAUCAR LAZADA

Lebih menarik, pembeli di Shell Malaysia Official Online Store akan mendapat e-baucar daripada Lazada Malaysia bernilai sehingga RM30 bagi setiap pembelian minyak motor Shell atau pakej servis minyak enjin dari 3 hingga 10 Ogos 2017.

"Malaysia merupakan negara yang pertama di Asia Tenggara menyediakan pembelian produk tulen dan pakej servis Shell Helix secara dalam talian.

“Ini adalah satu lagi inisiatif Shell yang menunjukkan bagaimana kami boleh kekal sebagai pembekal pelincir nombor satu dunia sepanjang 10 tahun lepas," kata Pengarah Eksekutif Shell Lubricants Asia Tenggara & Oceania, Troy Chapman.