SKOP
Boleh Percaya Suplemen? Contohi Kejayaan Dr Amalina Bakri
Kebanyakan daripada kita pasti biasa mendengar makanan tambahan seperti kismis termasuk minuman tertentu yang didakwa mampu memberi 'sesuatu' khususnya pada kanak-kanak untuk jadi lebih bijak.
Bahan sampingan ini yang lebih dikenali sebagai produk minda boleh dibeli di mana saja termasuk atas talian. Pengguna percaya apabila kononnya wujud testimoni daripada pengguna lain yang mengakui produk tersebut mujarab dan memberi kesan positif pada mereka.
Namun, tanpa masyarakat sendiri sedar sebenarnya kita semua diperdaya dengan penjual sebegini yang berniat mengaut untung. Malah, apa yang dibimbangkan adalah pengguna sendiri boleh terdedah pada risiko mendapat penyakit berbahaya akibat pengambilan suplemen ini.
USAHA TANGGA KEJAYAAN

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai produk yang mengarut untuk diberikan pada kanak-kanak, remaja mahupun bayi.
"Jadi, jika nak pandai dan berjaya, bukan harapkan produk minda. Usaha adalah tangga kejayaan. Produk sebegitu tidak mana jadi kan mereka pandai. Itu bukan caranya," katanya menerusi status di Facebook akaunnya baru-baru ini.
Tambahnya, beliau mengambil contoh pencapaian Dr Amalina Bakri yang pernah menjadi pelajar terbaik SPM 2004 yang mempunyai tiga ijazah dan bakal menjadi pakar bedah. Dia berjaya kerana berusaha dan bekerja keras tanpa mengambil sebarang suplemen.
Sebagai langkah terbaik, Dr Rafidah menasihatkan ibu bapa agar terus memberi dorongan pada anak-anak dan bukannya memberikan produk minda tersebut.
Bagi suplemen yang dikategori makanan sunnah, beliau memberi galakkan untuk teruskan tetapi ia perlu dipastikan tahap kesegarannya dan bukan daripada produk minda seperti yang didakwa penjual.FYI, mana2 supplements tak boleh main hentam keromo je iklan yg products dia boleh cure mcm2, nak buat kenyataan ini perlu mendapat kelulusan. Do you even know that these products sold on social media are legit and that they have that license to make that advertisement? pic.twitter.com/ka2Wuqvwac— Amalina Bakri (@DrAmalinaBakri) February 19, 2018
Beliau juga percaya pada kata pepatah, usaha tangga kejayaan, justeru tidak ada kejayaan atau apapun yang datang bergolek mahupun jalan pintas untuk sukses.
Must-Watch Video