SKOP

Cara Lebih Mudah Tonton Acara Pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Sufiah Akmal 19/08/2017 | 05:56 MYT
Tarikh hari ini menjadi hari penting buat Malaysia kerana ia adalah acara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 8 malam ini. Seperti dimaklumkan kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah adalah pada 16 tahun lalu.

Rojak Daily Skop! sebelum ini melaporkan Jawatankuasa Pengelola KL2017 (MASOC) menyarankan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas teruk pada hari tersebut. (Baca lagi: Naik Pengangkutan Awam Lebih Baik Tengok Sukan SEA)

Saranan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa penutupan jalan sama ada secara separa atau sepenuhnya yang akan dilaksanakan ketika majlis pembukaan tersebut berlangsung serta peningkatan kadar trafik yang akan menambah kesesakan untuk ke lokasi.

Pihak penganjur turut mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan orang ramai iaitu melanjutkan operasi pengangkutan awam, memberi diskaun tambang 50 peratus dan menyediakan 18,000 tempat letak kenderaan di rangkaian perkhidmatan rel di sepanjang laluan ke Bukit Jalil.

Perkhidmatan 'shuttle' disediakan pada orang ramai yang datang menggunakan kenderaan sendiri dan parkir di tempat yang disediakan.


PARKIR NAIK 'SHUTTLE'

MASOC dalam pada itu meskipun orang ramai disarankan supaya menggunakan pengangkutan awam pada acara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 malam ini tetapi pihak penganjur masih mengambil insiatif menyediakan tempat letak kenderaan berhampiran stadium itu.

Bagi memudahkan pengguna, sebanyak 3,500 tempat letak kereta akan disediakan di kawasan Kelab Lumba Kuda Selangor yang akan dibuka dari pukul 3 petang. Kemasukan ke tempat letak kereta itu akan dikenakan bayaran RM5 bagi setiap kereta.

Perkhidmatan 'shuttle' juga akan disediakan dengan kekerapan selang 10 minit untuk membawa orang ramai daripada tempat letak kereta tersebut ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Penggunaan perkhidmatan shuttle itu tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.


TIBA 2 JAM LEBIH AWAL

Bagi yang mahu memandu kenderaan sendiri, MASOC mengingatkan penonton menjangkakan kelewatan dalam perjalanan mereka. Justeru, orang ramai dinasihatkan tiba dua jam lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di sekitar kawasan tersebut terutama pada waktu puncak.

Orang ramai juga diingatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan di sekitar kawasan stadium untuk mengelakkan kenderaan mereka ditunda.

Bagi mereka yang mahu menurunkan penumpang, zon menurunkan penumpang awam pula ditetapkan di Arena Green Apartment dan kawasan berdekatan stesen LRT Sri Petaling serta di pintu masuk Kompleks Majlis Sukan Negara berdekatan Sekolah Sukan Bukit Jalil.

MASOC berharap orang ramai merancang perjalanan masing-masing ke acara pembukaan itu serta mematuhi panduan yang telah diberikan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Perkhidmatan bas Rapid KL dari Stadium Nasional Bukit Jalil pula akan beroperasi dari pukul 10.30 malam hingga 1 pagi.


PERKHIDMATAN BAS KHAS

RapidKL memaklumkan menyediakan bas khas dengan kekerapan 10-15 minit daripada tujuh lokasi dari atau ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perkhidmatan Bas Khas ke Stadium Nasional Bukit Jalil terbabit adalah dari pukul 5 petang sehingga 8 malam. Perkhidmatan itu dari Stadium Nasional Bukit Jalil pula akan beroperasi dari pukul 10.30 malam hingga 1 pagi.

Berikut adalah maklumat mengenai perkhidmatan bas tersebut:
#Sukan SEA 2017 #Sukan SEA 2017