Skop

Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia? Coca-Cola Stevia Kini Di Pasaran

Hanafis Haris
29/03/2018
07:32 MYT
Sejak beberapa tahun lalu, herba Stevia mula mendapat perhatian ramai.
Tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak dan kolesterol, ia pastinya menjadi pilihan terutama bagi yang mengamalkan diet dan gaya pemakanan sihat.
Namun dalam kita melakukan diet, pasti teringin minuman manis atau lebih tepatnya minuman berkarbonat.
Jika dulu, tidak banyak pilihan yang dijual di pasar raya, namun kini minuman berkarbonat berasaskan stevia sudah pun muncul di pasaran Malaysia!
KADAR GULA KURANG 35 PERATUS
Khasiat Stevia kini di dalam minuman Coca-Cola Syarikat pengeluar minuman berkarbonat kegemaran Malaysia, Coca-Cola hari ini melancarkan Coca-Cola Stevia dengan kemanisan ekstrak semula jadi daripada pokok stevia.
Pelancaran produk terbaru ini sekali gus mempelbagaikan segmen minuman Coca-Cola sedia ada termasuk Classic, Light, Zero Sugar dan Vanilla.
Menurut Pengurus Coca-Cola Negara Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia, produk terbaru ini tetap mengekalkan rasa Coca-Cola klasik, cuma ia kini 35 peratus kurang gula.
“Kami sedar pengguna inginkan pilihan dalam minuman. Memandangkan populariti stevia sebagai bahan pemanis semakin meningkat ke peringkat global, Coca-Cola bersedia untuk memberi inovasi ini kepada mereka,” katanya.
MINUMAN COCA-COLA DIIKTIRAF MENERUSI HCL DAN MOH
Dahaga? Anda boleh dapatkan minuman di pasaraya atau kedai runcit terdekat. Jelasnya, setakat ini tiga daripada lima produk Coca-Cola diiktiraf sebagai pilihan sihat menerusi Healthier Choice Logo atau HCL.
Selain itu Coca-Cola Stevia turut diiktiraf sebagai minuman pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).
Perkara ini sekali gus meyakinkan pengguna untuk beralih kepada produk berasaskan stevia.
Untuk makluman, stevia adalah sejenis herba berasal dari Paraguay dan digunakan kaum Red Indian sejak zaman dahulu.
Penggunaannya stevia kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuan oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada 1887.
Stevia seterusnya digunakan sebagai pengganti gula kerana ia tanpa kalori dan mengurangkan beban penyakit terutama mereka yang sukar mengawal pengambilan gula.
Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat.
Dengan penggunaan stevia dalam minuman berkarbonat ini, anda bolehlah menjadikan Coca-Cola Stevia sebagai pilihan utama.
Coca-Cola Stevia kini boleh didapati di seluruh negara.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

gempak
28/06/2024
06:52 MYT
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menjadi buah mulut netizen apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai 'double meaning' dalam usaha mempromosikan produknya.
Gaya Hidup

Miniso Buka Pink Store Pertama Di Malaysia! Jom Semak Apa Yang Best Di Sini

gempak
20/06/2024
18:49 MYT
Jenama rangkaian kedai serbaneka Miniso mengadakan majlis perasmian secara besar-besaran bersempena dengan pembukaan 'Pink Store' mereka yang pertama di Pavilion Bukit Jalil.
Viral

Takut Dosa, Dahlia Rizal Cuba Dulu Produk Sebelum Terima Jadi Duta - "Menipu Tak Bagus"

gempak
16/06/2024
00:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal enggan menanggung dosa dan bimbang azab di akhirat dengan menipu pengguna menerusi reviu produk yang tidak dicubanya terlebih dahulu.
Viral

Guna Nama Zayn Rayyan Untuk Jual Produk, Netizen Kritik Penjual Guna Marketing Murahan - "Tak Sensitif Langsung!"

gempak
14/06/2024
00:57 MYT
Satu akaun di Platform X baru-baru ini dikritik oleh warganet apabila menggunakan nama kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang menjadi mangsa pembunuhan sebagai salah satu cara pemasaran produk di media sosial.
Berita

“Boikot Hanya Sehingga Syarikat Hentikan Sumbangan Kepada Israel” - Pensyarah UIAM

gempak
30/05/2024
21:55 MYT
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.