Seramai 2,261 guru sekolah menengah dan rendah yang dikategorikan mengalami masalah duka lara gara-gara terpaksa tinggal berjauhan dengan suami atau isteri kerana berlainan tempat kerja boleh menarik nafas lega. Ia ekoran keputusan Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan mereka berpindah ke tempat pasangan masing-masing bertugas bagi sesi pertukaran Jun ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, mereka terdiri daripada 1,421 guru sekolah rendah dan 840 guru sekolah menengah.
"Kami sebenarnya terima 20,470 permohonan pertukaran tempat mengajar oleh guru. Pelbagai alasan diberikan tetapi hanya 2,825 permohonan dapat diluluskan. Sebanyak 2,261 atau 80 peratus permohonan terbabit daripada guru duka lara," katanya.
Mahdzir berkata, antara alasan yang dikemukakan guru terbabit membabitkan isu penyakit, keselamatan atau telah lama berkhidmat di sesebuah kawasan. Bagaimanapun, tidak banyak permohonan itu dapat diluluskan kerana mengambil kira kepentingan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi permohonan yang gagal akan dinilai untuk sesi pertukaran Oktober 2017 atau Januari 2018.