SKOP
E-Dagang Masih Kurang Tenaga Mahir, Apa Langkah Kita Seterusnya?
Sektor e-Dagang diramalkan akan menjadi salah sebuah kuasa besar ekonomi di Asia Tenggara dengan nilai AS$200 bilion atau RM856.7 bilion menjelang tahun 2025.
Ia berdasarkan kepada peningkatan warga Asia Tenggara termasuk Malaysia menyertai sektor e-Dagang terutama dalam kalangan golongan muda. Pertumbuhan e-Dagang di Malaysia pula dijangka meningkat kepada RM170 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.
Sehubungan itu, IPrice Group baru-baru ini mengambil inisiatif menganalisis latar belakang pendidikan 65 pengasas 30 syarikat e-dagang untuk memahami potensi e-Dagang di negara ini. IPrice Group merupakan platform perbandingan harga di Malaysia untuk beratus-ratus rangkaian e-Dagang tempatan dan luar negara.
KEBANYAKAN PENGASAS SYARIKAT E-DAGANG TIADA IJAZAH TEKNOLOGI
Walaupun e-Dagang bersangkut paut dengan teknologi, analisis IPrice Group mendapati kebanyakan pengasas perniagaan e-Dagang d negara ini tidak memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang itu.
Malah, seramai 35 daripada 65 pengasas syarikat e-Dagang terbabit tidak memperoleh gelaran sarjana sebelum menubuhkan permulaan e-Dagang mereka.
"Ini mungkin merupakan tanda bahawa kebanyakan pengasas menemui keperluan di pasaran dan terus memulakannya.
"Ini mungkin juga mencerminkan kekurangan profesional teknologi di Malaysia. Laporan Hays (agensi pengambilan pekerja global) pernah menekankan Malaysia tidak mempunyai pekerja mahir teknologi yang cukup untuk menyokong pertumbuhan e-Dagang di negara ini.
"Kajian kami mencadangkan lebih banyak profesional teknologi berbakat diperlukan jika kita ingin merealisasikan potensi industri e-Dagang di Malaysia," kata IPrice Group dalam satu kenyataan.
KEPENTINGAN E-DAGANG KEPADA NEGARA
Menurut satu laporan, e-Dagang kini menyumbang sebanyak 5.9 peratus kepada KNDK negara dan Malaysia sedang menyasarkan pertumbuhan kepada 20.8 peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini turut menegaskan masa depan Malaysia yang mampan dan inklusif antara lain akan bergantung kepada pembentukan masyarakat keusahawanan dan berinovatif termasuk dalam bidang e-Dagang.
Malah, Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) diberi mandat untuk merangka program boleh diambil tindakan yang akan membawa perniagaan Malaysia menjadi peneraju e-Dagang.