Setiap tahun Facebook (FB) akan menganjurkan satu persidangan besar-besaran dikenali sebagai F8.

Fokus utama F8 adalah memperkenalkan teknologi terbaru dan hala tuju pada laman sosial berkenaan.

Untuk makluman, persidangan F8 pertama diadakan pada 24 May 2007 di San Francisco, California.

Bagi tahun ini FB masih meneruskan pembangunan ciri dan fungsi laman sosial mereka.

Namun kini lebih tertumpu kepada hubungan sesama manusia. Menarik bukan?

FACEBOOK BANTU 200 JUTA PENGGUNA MENCARI PASANGAN

Persidangan tahunan F8 semalam.
Mark Zuckerberg yang juga pengasas FB semalam telah mengumumkan fungsi baru dikenali sebagai Dating bagi membolehkan pengguna mencari pasangan sejati.

Apa yang menarik pada persidangan berkenaan, Mark menyatakan 1 daripada tiga perkahwinan di Amerika Syarikat terhasil daripada media sosial.

Malah terdapat 200 juta pengguna menetapkan mereka masih single di FB.

Disebabkan itu, FB mahukan fungsi Dating memudahkan anda mencari pasangan menerusi FB.

Jadi apa yang membezakan Dating berbanding aplikasi yang tersedia ada seperti Tinder?

Menurut Mark, mereka mahu mewujudkan hubungan yang lebih bermakna berbanding aplikasi lain.

Menerusi fungsi Dating ini, pengguna FB diminta untuk membuka satu lagi profil khas daripada profil utama.

Ini bermakna, terdapat dua profil di dalam satu media sosial. Profil baru akan digunakan khusus untuk anda berdating dan membina suasana romantik.

Bagi membezakan kedua-dua profile ini, Dating akan menggunakan nama pertama anda manakala rakan FB sedia ada tidak akan muncul sebagai pasangan yang berpontesi.

Dating juga akan mempunyai ‘inbox’ yang hanya membenarkan anda menghantar teks sahaja.

Gambar dan link tidak dibenarkan sebagai langkah keselamatan on FB.

'ALGORITHM' BANTU CARI PASANGAN TERBAIK



Jadi bagaimanakah anda akan mendapat pasangan ideal?

Serahkan kepada FB kerana mereka amat pakar dalam hal begini. Dengan jumlah informasi yang ada dalam FB anda, pastinya ‘algorithm’ mereka mampu mengenal pasti calon yang terbaik.

FB mengatakan fungsi ini akan ‘mendarat’ pada tahun ini manakala informasi Dating tidak akan digunakan untuk tujuan pengiklanan.

Ramai mengatakan fungsi ini akan membunuh aplikasi ‘dating’ lain seperti Tinder. Kita tunggu dan lihat apabila ia dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.