Mencari pekerjaan mengikut kesesuaian kelulusan dalam bidang pengajian memberi cabaran pada graduan sama ada lepas universiti mahupun kolej. Beberapa tahun lalu, seorang ahli akademik di Universiti Malaya (UM) pernah menyatakan bahawa kerjaya adalah satu pekerjaan yang perlu diwujudkan dalam kehidupan seseorang.
Jika ia tidak selaras dengan kemahuan diri, maka seseorang manusia termasuk graduan universiti perlu bijak mencari peluang lain bagi memenuhi kehendak masing-masing.
Bagaimanapun, memilih kerjaya selepas tamat alam pembelajaran bukan sesuatu yang mudah bahkan tidak semua kerjaya yang kita idamkan akan diperoleh. Lebih-lebih pada waktu jumlah graduan ketika ini yang diibaratkan sebagai `cendawan tumbuh selepas hujan’
SIKAP GRADUAN MEMILIH MAJIKAN
Dalam aspek memilih kerjaya, sesiapa sahaja termasuk graduan universiti pasti mahu bekerja dengan majikan yang dapat menjamin masa depan mereka.
Kebiasaannya mereka akan memilih syarikat yang bersaiz besar termasuk yang berada dalam senarai bursa saham kerana percaya organisasi seperti itu lebih utuh dan menjamin masa depan. Bagaimanapun, ia bukan satu tanggapan yang salah untuk graduan memilih siapa majikan terbaik untuk mereka bekerja.
Masa depan pula bukan sekadar bermaksud mendapat gaji yang besar tetapi dalam aspek kelangsungan organisasi tersebut, menjaga hal kebajikan, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya yang memberi kelebihan pada kedua pihak iaitu pekerja dan majikan.
SENARAI MAJIKAN TERBAIK DI MALAYSIA
Jika anda mendambakan majikan idaman dalam kerjaya, mungkin senarai lapan majikan terbaik di Malaysia yang dikeluarkan oleh firma perkhidmatan profesional global terkemuka, Aon Hewitt baru-baru ini boleh membantu.
Aon Hewitt dalam laporannya pada 24 Ogos lalu menyenaraikan Eco World Development Group Berhad sebagai Majikan Terbaik Dari Yang Terbaik di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh organisasi itu pada tahun ini.
Senarai Majikan Terbaik Malaysia 2017 adalah seperti berikut:
Lima organisasi yang menerima pengiktirafan khas oleh Aon Hewitt pula adalah seperti berikut:
Selain itu, Marriott International Malaysia turut dinamakan sebagai Majikan Terbaik Malaysia 2017 melalui program Global Aon Hewitt.
CIRI-CIRI MAJIKAN TERBAIK
Ketua Amalan Keterlibatan, Aon Hewitt Malaysia, Vernon Goh berkata, fokus menuju masa hadapan dalam dunia pekerjaan di Malaysia telah bermula apabila majikan turut memikirkan apa yang mahu terhadap pekerja untuk jangka masa panjang.
"Syarikat-syarikat yang berjaya adalah yang mampu mengenal pasti kebolehan yang mereka perlukan daripada kakitangan bukan sahaja sekarang tetapi untuk masa akan datang.
"Mereka tidak takut menawarkan peluang latihan yang diperlukan oleh kakitangan untuk mengasah kemahiran. Hasilnya, Majikan Terbaik di Malaysia mengatasi pasaran daripada segi keterlibatan kakitangan serta kekuatan jenama majikan kepada bakat luar yang berpotensi," katanya.

- Eco World Development Group Berhad
- American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.
- Cisco Systems (Malaysia) Sdn. Bhd.
- DHL Express Malaysia
- FedEx Express
- Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.
- OCBC Bank (Malaysia) Berhad
- SP Setia
Lima organisasi yang menerima pengiktirafan khas oleh Aon Hewitt pula adalah seperti berikut:
- SkyWorld Development Sdn Bhd - Majikan Terbaik untuk Komitmen Terhadap Gen Y.
- Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd - Majikan Terbaik untuk Komitmen Terhadap Keterlibatan.
- Great Eastern Malaysia - Majikan Terbaik untuk Komitmen Terhadap Kepimpinan.
- Pharmaniaga Research Centre Sdn. Bhd. - Majikan Terbaik untuk Komitmen Terhadap Jenama Majikan.
- Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd. - Majikan Terbaik untuk Komitmen Terhadap Budaya Prestasi Tinggi.