Skop

Hashtag #Done Kembali Lagi, Confirm Meriah 'Timeline' Anda

Hanafis Haris
14/05/2018
11:47 MYT
Tidak sampai sehari (atau beberapa jam) saja lagi, seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa.
Bagi yang bukan beragama Islam, puasa secara bahasa adalah menahan diri.
Secara terminologi pula puasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dimulai dengan niat berpuasa.
Namun, satu perkara menarik setiap kali Ramadhan adalah kemeriahan di media sosial.
Pelbagai ragam dan status dimuat naik oleh netizen, baik baru atau jenaka yang dikitar semula. Penuhlah timeline segenap media sosial anda.
Kami himpunkan gelagat yang bakal muncul bulan puasa ini.
1. #DONESAHUR Selepas niat puasa, ini adalah antara yang bakal berkeliaran di timeline Facebook/Twitter/Instagram seawal awal pagi (Subuh).
Bagi sesetengah golongan bujang, mungkin sekeping roti atau kurma saja yang mampu dikongsikan.
Berbeza jika yang sudah berkeluarga, penuhlah meja dengan makanan menyelerakan. Untung sungguh!
2. #DONEMASAK Ini boleh dianggap sebagai antara permulaan kepada cabaran seterusnya kerana ketika inilah gambar masakan atau resipi dikongsi oleh para suri rumah di media sosial.
Jangan dikatakan gambar memasak, resepi menu berbuka pun adakalanya menggugat iman yang rapuh.
3. #DONEBAZAR
Paling popular di bazar Ramadan. Peringkat seterusnya adalah gambar di bazar ramadan. Peringkat ini dianggap sebagai paling getir kerana ia sudah menghampiri waktu berbuka.
Antara makanan paling ‘jahat’ yang mungkin merebak di ruang media sosial anda adalah nasi kerabu, ayam percik, murtabak serta air jagung.
Perkongsian gambar-gambar ini memberi pengaruh kuat bagi menentukan menu juadah berbuka anda.
4. #DONEIFTAR
Acara wajib sebelum berbuka. Selamat berbuka! Perjuangan berpuasa mungkin sudah selesai. Namun, perlumbaan di media sosial masih belum berakhir.
Acara wajib untuk mengambil gambar kesemua juadah. Teknik flat-lay paling' insta worthy' untuk dimuat naik ketika ini. Jangan lupa cuba!
5. #DONETARAWIH Gambar ini berkemungkinan akan berkurang tahun ini. Ini kerana telah banyak kecaman telah dibuat dalam bentuk jenaka, terutamanya buat kaum hawa.
Oleh demikian, potensi untuk para gadis mengambil gambar bertelekung selepas menunaikan tarawih agak rendah.
Namun apa saja boleh berlaku. Sama-sama kita nantikan.
6. #DONESHARE, #DONEDAKWAH
Perkongsian yang amat dialu-alukan ketika bulan puasa. Tidak semua yang dikongsi itu menjengkelkan. Seperti yang kita semua faham, bulan puasa juga mengajak kita supaya memperbanyakkan ibadah dan solat.
Maka, perkongsian positif seperti potongan hadis, ayat suci Al-Quran dan video ceramah amatlah dialu-alukan.
Ini terkecuali ya! Perlu diingatkan artikel tidak dituju kepada siapa-siapa yang berkenaan. Anda berhak berkongsi apa jua di media sosial.
Bagi semua umat Islam yang bakal menunaikan ibadah puasa, Rojak Daily Skop! mengucapkan selamat berpuasa dan moga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar
Viral

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

gempak
08/04/2024
05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan