The Hasselblad Masters Awards boleh dikatakan sebagai antara anugerah paling berprestij bagi industri fotografi.

Anugerah ini dianjurkan dua tahun sekali bagi memilih jurugambar terbaik membabitkan 11 kategori tanpa mengambil kira sama ada peserta adalah profesional atau baru.

Bagi tahun ini, seramai 31,500 peserta bertanding dari seluruh dunia dan hasilnya amat mengagumkan!

Antara kategori dipertandingkan adalah arieal, arkitektur, seni, kecantikan dan fesyen, landskap, produk, perkahwinan, hidupan liar, projek dan jalanan.

Malah, pemilihan gambar peserta diadili lebih 11 juri profesional daripada jurugambar berpengalaman dan juga wartawan terkemuka.

Namun, di sebalik penganjuran yang berprestij ini tahukah anda seorang daripada pemenang ini adalah rakyat Malaysia?

REMAJA KELANTAN HARUMKAN NAMA MALAYSIA

Gambar ini antara tersenarai dalam projek 21
Individu yang dimaksudkan adalah Nabil Rosman dan apa yang menarik perhatian khalayak, pemuda ini baru berusia 18 tahun!

Berasal daripada Kota Bharu, Kelantan, remaja ini memenangi kategori ‘Project’ menerusi tajuk 21.

Menerusi laman sesawang hasselblad, tiga keping gambar pemuda ini terpilih sebagai pemenang kategori projek dan hasil gambar yang ditampilkan membawa maksud dan ceritanya tersendiri.

Difahamkan, ketiga-tiga gambar berkenaan memaparkan individu yang jiwanya terperangkap akibat ketagihan dadah.

Jika tidak percaya dengan bakat seni remaja ini, anda boleh lihat gambar berkenaan di sini.

PEMENANG JADI DUTA HASSELBLAD

Bismillah. it’s official !! Thank you @hasselblad_official for this award ? and congrats to all winners ??. Thank you Allah for everything ?. Im a HASSELBLAD MASTER!

A post shared by ahmad nabil imran (@nabilrosman) on


Untuk makluman, setiap pemenang akan digelar sebagai Master Hasselblad dan menerima hadiah satu kamera jenama berkenaan. Malah, pemenang akan menjadi duta kepada jenama kamera terbabit selama dua tahun.

Ini merupakan pencapaian terbaik bagi remaja ini memandangkan dia baru berusia belasan tahun.

Tidak cukup dengan gambar pertandingan Hasselblad, anda boleh lihat lebih banyak hasil remaja ini.

Ternyata remaja ini amat berbakat dan anda turut boleh lihat hasil gambar di akaun instagramnya Nabil Rosman.

“You know you are truly alive when you’re living among lions.” -Karen Blixen . . . . . . . . #bleachmyfilm #stayandwonder #theIMAGED#main_vision #yourshotphotographer#foundlost #modernoutdoors #moodygrams#MG5K #folkvibe #lifeofadventure#featurepalette @therusticmagazine#lookslikefilm #sonyimages @sonyimages @500px #socality #thisismycommunity#boostmagazine #folkgood @instagram#outside_project #folkcreative #SDMfeatures #mobilefolk#exploretocreate #exklusive_shot#special_shots

A post shared by ahmad nabil imran (@nabilrosman) on

dah bersyukur belum masih hidup harini? by iphone5s. #LokalLense

A post shared by ahmad nabil imran (@nabilrosman) on

"it's what i do." #artofvisuals #portraitmood

A post shared by ahmad nabil imran (@nabilrosman) on