Skandal Facebook (FB) membabitkan kebocoran data peribadi 50 juta pengguna nampaknya masih belum berakhir.
Malah, kes ini bertambah serius hingga ada diantaranya mahu memboikot syarikat gergasi berkenaan.
Bagaimanapun di sebalik kontroversi itu, terdapat beberapa individu berjaya merungkaikan apakah sebenarnya maklumat yang terbocor kepada pihak ketiga itu.
Menerusi kaedah berkenaan, pengguna boleh memuat turut senarai rekod panggilan, pesanan teks dan setiap lokasi anda log masuk FB.
TIGA LANGKAH MUDAH

Untuk mengetahui caranya, anda perlu mengikuti keadah ini menggunakan komputer anda.
1. Anda perlu ke ‘News Feed’ anda dan cari pilihan ‘settting'.
2. Anda perlu klik butang ‘Download a copy of your Facebook data’ di bahagian bawah.
3. Pilih ‘Start My Archive’ untuk memperoleh segala data yang terkumpul di Facebook.
Kata kunci diperlukan untuk mengesahkan akaun FB terbabit kepunyaan anda. Anda perlu menunggu beberapa minit untuk pihak FB menghantarnya ke emel anda.
SEGALA MAKLUMAT AKAN DIHANTAR MENERUSI EMEL

Sebaik anda menerima emel terbabit, maklumat akan dibahagikan kepada rakan, maklumat nombor telefon, emel, gambar, video dan beberapa informasi lain.
Anda mungkin terkejut sekiranya mendapati terdapat maklumat yang disangka telah dipadamkan beberapa tahun lalu, masih berada di dalam rekod FB.
Nampak menyeramkan, namun ia sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap apa yang cuba dilakukan oleh pihak ketiga ini.
Ini kerana kesemua rekod ini akan memperhebatkan lagi algoritma bagi tujuan iklan oleh pihak yang membeli maklumat ini.
Faktor ini juga membuktikan pengguna sebenarnya adalah produk bagi syarikat gergasi di luar sana.
Difahamkan, FB berkongsi data pengguna media sosial kepada kebanyakan syarikat, malah ada yang sehingga 100 syarikat.
Sementara itu Kesatuan Eropah pula memberi masa dua minggu kepada FB untuk menjelaskan perkara sebenar.
Persoalan membabitkan syarikat Britain Cambridge Analytica (CA) yang menggunakan aplikasi bagi mengumpul data peribadi pengguna serta rakan pengguna media sosial itu harus dihuraikan dalam tempoh terdekat.