,
Skop

Ini Antara 'Ubat Kampung' Mak Ayah Kita Yang Perlu Dipantau

Hanafis Haris
19/10/2017
08:13 MYT

Ubat berasaskan herba atau lebih mesra digelar ‘ubat kampung’ memang sudah lama menjadi pilihan alternatif sesetengah masyarakat di negara ini. Tidak dinafikan bahan berasaskan herba ini dikatakan mampu mencegah sesetengah penyakit tetapi pengambilan jenis ubat ini haruslah diteliti terlebih dahulu dan wajib mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Baru-baru ini status seorang pegawai farmasi dikenali sebagai Ammar Kamar menerusi Facebook miliknya tular apabila dia mendakwa beberapa jenis ubat ‘ajaib’ yang mempunyai bahan terlarang seperti steroid.
Menurutnya, pengambilan steroid berlebihan boleh menyebabkan nyawa terancam, sekali gus menjadikan sebahagian organ mengalami kerosakan serius. Sehingga kini status terbabit sudah menerima lebih 14,000 perkongsian oleh pengguna media sosial itu.
KESAL DENGAN FAHAMAN MASYARAKAT
Menurut pegawai farmasi terbabit, dia tergerak hati untuk memuat naik status berkaitan pengambilan ubat steroid selepas berdepan dengan situasi seorang pesakit yang mengalami ‘GI bleed’ atau pendarahan dalam perut. Masalah terbabit berkemungkinan berpunca daripada pengambilan ubat ubatan terlarang dalam tempoh jangka masa panjang.
Status itu kemudian mendedahkan pesakit berkenaan mengambil ‘ubat haram’ tidak berdaftar selama dua tahun selepas diperkenalkan oleh rakannya. Malah, ubat terbabit dipercayai mengandungi kandungan steroid. Ammar dalam statusnya kesal apabila masyatakat masih terpedaya dengan penjualan ubat telarang ini. Malah, 'scammer' ini masih berkeliaran dan masih terus memperdayakan orang ramai teramsuk 'ibu bapa' kita.
"Sekarang ni saya sarankan hentikan pengambilan dan hentikan pembelian. Buang terus stok yang ada di rumah." katanya.
Semak dahulu kandungan ubat sama ada ia diluluskan kementerian atau tidak.
BAHAYA STEROID KEPADA BUAH PINGGANG
Menurut laman sesawang KKM, steroid adalah hormon semulajadi yang dihasilkan tubuh badan manusia. Ia bertindak mengawal fungsi badan. Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal dan pengambilannya adalah atas nasihat doktor.
Sebarang produk yang mengandungi steroid hendaklah didaftarkan dengan KKM. Sekiranya steroid disalah guna ia bukan saja merosakkan buah pinggang, pengguna steroid juga terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Pengambilan jangka masa panjang akan mengakibatkan tulang rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang seseorang itu tidak kuat dan mudah patah walaupun terkena hentakan perlahan.
Salah ubat, maka buah pinggang anda menjadi mangsa
SEMAK UBAT-UBATAN
Ammar berkata, masyarakat perlu lebih teliti berhubung kandungan di dalam setiap ubat-ubatan. Malah, anak-anak khususnya perlu memantau setiap pengambilan ubat oleh ibu bapa mereka. Selalunya, golongan warga emas inilah yang menjadi sasaran penjual dan pengasas produk haram.
Jika mahu mengambil ubat-ubatan kampung, pesakit boleh bertanya kepada ahli farmasi dan jangan ambil ubat sebarangan tanpa mengetahui status pendaftarannya.
Awas! Mungkin ubat ini antara yang anda makan selama ini.
Boleh semak status pendaftaran di laman rasmi National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Ini antara senarai ubat-ubatan mengandungi steroid yang sudah pun diharamkan kementerian.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.