SKOP
Ini Kaedah Paling Pantas Lapor Jalan Berlubang!
Sebut saja mengenai jalan berlubang pasti ramai sakit hati bukan? Selain memberi kesan terhadap tayar dan rim jadi bengkok, ia juga sangat berbahaya kepada nyawa kita teruamanya penunggang motosikal.
Salah langkah, nyawa boleh terkorban akibat jalan yang berlubang.
Saban tahun pelbagai cara dan keadah aduan dibuat tetapi ia mungkin mengambil masa lama untuk sampai kepada pengetahuan pihak berkuasa.
Tahukah anda sebenarnya terdapat cara paling cepat untuk melaporkan jalan raya yang berlubang?
GUNA WAZE, LEBIH MUDAH!

Untuk makluman, Waze dan kerajaan negeri telah pun bekerjasama bagi mengatasi masalah lubang di jalan raya yang menganggu pemanduan pengguna.
Pengurus Negara bagi Waze Malaysia Edward Ling, berkata inisiatif terbabit memudahkan pemandu di Selangor melaporkan lubang yang ada di atas jalan terus kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mudah dan cekap.
“Lubang terbabit dapat ditampal secepat mungkin. Selepas laporan dibuat, PBT dijangka menampalnya dalam masa lima hari,” katanya.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan melakukan beberapa langkah mudah di dalam aplikasi berkenaan.
LEBIH 12 PBT TERSENARAI

Selain itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut tersenarai dalam kerjasama ini.
Jadi, jangan jadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab anda sebagai pengguna yang prihatin untuk melaporkan sebarang kerosakan jalan raya akibat jalan berlubang. Ingat, tindakan anda ini bukan saja menyelamat nyawa sendiri tapi orang lain.
Must-Watch Video